Siap kau bila masuk penjara nanti!



Pengg-anas serangan masjid Christc-hurch, Brenton Tarrant dibimbangi akan menjadi sasaran banduan lain di penjara.

NZ Herald memetik seorang gen-gster berkata, kumpulan dianggotainya mempunyai rakan di dalam penjara susulan beberapa anggota kumpulan sam-seng berhimpun di Sekolah Tinggi Hagley dengan membawa bunga sebagai tanda sokongan untuk keluarga mangsa.

“Mereka (mangsa) datang ke New Zealand dan mereka sebahagian daripada kami. Mereka rakyat kami.



“Apa yang berlaku Jumaat lalu terlalu menji-jikkan,” kata seorang lelaki.

Seorang lagi menyambut: “Kami juga mempunyai kawan di dalam (penjara).”

Biarpun tidak dijelaskan lanjut, ia jelas boleh dianggap anca-man terhadap Tarrant.

Sementara itu, seorang peguam Sir Kim Workman berkata sumber memberitahu Tarrant berkemungkinan berdepan ancaman di penj-ara bererti dia mungkin dikurung beras-ingan daripada band-uan lain.

Tarrant mungkin diletakkan di fasiliti dilengkapi kawalan kesel-amatan ketat dan pegawai penjara juga perlu disaring supaya tidak terdorong untuk menced-erakannya.


Sumber : hmetro

Sumber Siap kau bila masuk penjara nanti!

0 Response to "Siap kau bila masuk penjara nanti!"

Post a Comment