“Sedih Sangat Tengok Sajat Pergi Majlis Tahlil Pakai Macam Ini, Dah Macam Mempermainkan Agama...”



Pada Jumaat lalu, Datuk Seri Aliff Syukri mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin buat arwah bapanya di kediamannya yang turut dihadiri oleh teman-teman rapat dan rakan selebriti.

Tidak ketinggalan, Sajat yang juga merupakan sahabat dan rakan bisnes Aliff Syukri turut hadir pada majlis tersebut.


Menerusi Instagram, Sajat memuat naik gambarnya bersama Aliff beserta kapsyen mendoakan agar rakannya itu terus tabah menghadapi dugaan serta mendoakan semoga roh arwah bapa Aliff ditempat dikalangan orang beriman.

Bagaimanapun, perkongsian Sajat itu mengundang kecaman netizen yang mempersoalkan cara pemakaiannya. Netizen juga mendakwa Sajat seolah mempermainkan agama.



Biarpun ramai yang mengecam, masih ada segelintir netizen memberikan nasihat secara baik dengan mengharapkan usahawan kosmetik itu dibukakan hatinya untuk berubah. Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Sajat.

BACA: Sajat Buka Akaun IG Baru, Guna Nama Nur Sajadiah



Baru-baru ini, akaun Instagram milik usahawan kosmetik Nur Sajat yang menggunakan nama @nursajat23 tidak temui. Tidak dapat dipastikan sama ada akaun tersebut telah dinyahtifkan atau sebaliknya.

Susulan kehilangan akaun tersebut, seorang pengguna media sosial mendedahkan akaun Nur Sajat telah dipadam oleh pihak Instagram selepas mendapat laporan daripada pengguna lain. Akaun tersebut dipadam kerana didakwa gagal mematuhi panduan media sosial tersebut.

Namun, beberapa hari lalu Sajat kembali dengan akaun baru dengan menggunakan nama Nur Sajadiah. Perkara tersebut dikongsikan oleh kekasihnya, Coach Yin menerusi akaun Instagramnya.



Menerusi perkongsian terbarunya, Sajat mengatakan pasti ramai netizen di luar sana yang merinduinya.

Baru saja beberapa hari, akaun Instagram menggunakan nama @nursajadiah itu sudah mempunyai jumlah pengikut 43 ribu orang.


Sumber : rotikaya

Sumber “Sedih Sangat Tengok Sajat Pergi Majlis Tahlil Pakai Macam Ini, Dah Macam Mempermainkan Agama...”

0 Response to "“Sedih Sangat Tengok Sajat Pergi Majlis Tahlil Pakai Macam Ini, Dah Macam Mempermainkan Agama...”"

Post a Comment