Rakyat Malaysia Yang Ingin Bercuti Di Thailand Dinasihatkan Berhati-Hati



Rakyat negara ini yang berada di negara jiran, Thailand, dinas-ihatkan berhati-hati berikutan satu siri letu-pan berlaku di selatan Thailand.




Berdasarkan kenyataan Wisma Putra, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkla mengesahkan insiden letu-pan berlaku di kawasan berbeza di Thailand iaitu empat di Satun dan enam di Phatthalung sejak Sabtu lalu hingga semalam.

“Setakat ini tiada kem-atian dilaporkan dan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam ins-iden terbabit. Rakyat Malaysia yang mengunjungi atau tinggal di Thailand digalakkan mendaftarkan diri di Kedutaan Malaysia di Bangkok atau Konsulat Jeneral di Songkla. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi e-mel atau faks,”lapor kenyataan tersebut



Selain itu, jika rakyat Malaysia memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok di alamat 33-35, South Sathorn Road, Tungmahamek, Sathorn Bangkok 10120 atau menghubungi talian +66-2-629 6800 / +66-87-028 4659 (selepas waktu pejabat), Faks, +66-2-679 2208 / +66-2-679 2270 atau e-mel ke mwbangkok@kln.gov.my.

Malah, anda boleh ke Konsulat Jeneral Malaysia di No. 4, Sukhum Road, Muang District Songkhla 90000 atau menghubungi talian +66-7-431 1062 / +66-7-431 6274, atau faks +66-7-432 4004 atau e-mel mwsongkhla@kln.gov.my.

Sumber artikel : Astro Awani & Bernama TQ :)

Sumber Rakyat Malaysia Yang Ingin Bercuti Di Thailand Dinasihatkan Berhati-Hati

0 Response to "Rakyat Malaysia Yang Ingin Bercuti Di Thailand Dinasihatkan Berhati-Hati"

Post a Comment