Papar Realiti Kehidupan Sebenar Seorang Yang Bergelar Tentera, Leftenan Zana Berjaya Tarik Perhatian Jutaan Netizen




Kami pasti ramai yang dan tengok Leftenan Zana sejak drama tersebut ditayangkan pada 8 Februari yang lalu. Karakter lakonan Janna Nick sebagai Zana yang terpaksa menghadapi cabaran dalam mencapai impiannya untuk menjadi askar, pasti membuatkan penonton teruja. Malah, drama ini memaparkan nilai yang positif untuk pengajaran ramai.

Sinopsis Leftenan Zana



Leftenan Zana menceritakan tentang anak perempuan bongsu Mejar (B) Rahmat yang sedari minatnya hanya satu iaitu menjadi seorang tentera seperti ayahnya. Namun, ayahnya lebih mengharapkan abangnya, Zaidi untuk menyambung legasi tersebut. Tanpa pengetahuan ayahnya, Zana telah membuat permohonan secara online untuk menjadi anggota tentera ATM.

Walaupun marah, ayahnya tetap menghantar Zana ke kem untuk latihan. Ujian bermula apabila setiap apa yang diceritakan oleh ayahnya tentang kepayahan kem, semuanya benar. Namun dia bertekad dan buktikan dia mampu berjaya menjadi tentera walaupun terpaksa berdepan dengan Mejar Qamar yang menggerunkan dan saingan daripada seoarang lagi kadet perempuan bernama Raz yang suka mencari pasal dengannya.

Pelakon berbakat



Drama yang diterbitkan oleh JS Pictures ini menampilkan pelakon yang berbakat seperti Janna Nick, Tunku Hanis, Redza Rosli, Hairie Othman, Aprena Manrose, Nazrief Nazri dan juga Sheila Rusly. Menerusi satu temubual bersama Kosmo, Janna Nick mengakui hampir putus asa.

Saya akui hampir putus asa tetapi apabila difikirkan semula tidak mahu menyusahkan orang lain, jadi saya teruskan sehingga tamat. Barulah saya sedar, tugas tentera bukannya mudah dan apa yang mereka lalui sepanjang latihan sangat mencabar

Setelah dikritik netizen gara-gara pemakaian anggota seragam yang didakwa tidak betul, drama ini terus mendapat perhatian netizen apabila pelakon utama, Janna Nick dikatakan ‘perang dingin’ dengan Sheila Rusly. Drama ini bagaimanapun pantas mendapat tempat di hati penonton dek kerana lakonan yang mantap oleh semua pelakon.

Jadi jangan lupa saksikan Leftenan Zana yang bersiaran setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam hanya di TV3! Bagi yang tidak berpeluang menonton di kaca TV, anda boleh ke youtube TVMalaysia atau ke www.tonton.com.my untuk tonton secara live streaming.


sumber : ohbulan

Sumber Papar Realiti Kehidupan Sebenar Seorang Yang Bergelar Tentera, Leftenan Zana Berjaya Tarik Perhatian Jutaan Netizen

0 Response to "Papar Realiti Kehidupan Sebenar Seorang Yang Bergelar Tentera, Leftenan Zana Berjaya Tarik Perhatian Jutaan Netizen"

Post a Comment