Pakcik-pakcik Kampung Ini Contoh Lelaki Masih Boleh Berpakaian Kemas Di Kenduri



“Ada orang cakap punca pakai ala kadar pergi kenduri sebab faktor cuaca panas tapi…”


Menerusi perkongsian di Twitter, lelaki bernama Mustaqim buat satu pemerhatian masa dia berkunjung ke kenduri kampung dekat Wang Tepus, Kedah.

Apa yang mengejutkannya ialah walaupun suasana kat kenduri tu ‘panaih lit lit’ (panas gila lah kata orang Kedah) TETAPI warga emas yang berkunjung ke kenduri tetap maintain pakai baju berkolar! Fuh smart ni…




“Pakcik ni paling steady, siap sneakers lagi”

Kalau pakcik kat bawah ni siap boleh pakai sneakers lagi, takkan korang tak boleh letak effort sikit untuk berpakaian kemas bila ke majlis formal kan?



“Abah aku jadi tukang masak dekat rumah kenduri pun pakai baju berkolar siap. Takkanlah hangpa yang cuma mai makan tak reti pakai elok-elok”


Apa yang admin boleh simpulkan di sini, ramai di kalangan netizen memang tak setuju dengan alasan para lelaki untuk berpakaian selekeh kalau ke majlis formal. Kalau orang tua-tua boleh, kenapa kita orang muda letak macam-macam alasan pulak kan?

Tetapi… ada jugak yang komen cakap baju berkolar ni memang style orang tua-tua. Jadi padanlah dorang ke mana-mana pun pakai baju macam tu. Alahai…




sumber : lobakmerah.com

Sumber Pakcik-pakcik Kampung Ini Contoh Lelaki Masih Boleh Berpakaian Kemas Di Kenduri

0 Response to "Pakcik-pakcik Kampung Ini Contoh Lelaki Masih Boleh Berpakaian Kemas Di Kenduri"

Post a Comment