Menulis sebenarnya boleh kurangkan berat badan. Tidak percaya? lihat inilah caranya!



Kajian daripada sekumpulan penyelidik dari University of Vermont dan University of South Carolina telah mengumpulkan sebanyak 142 dewasa dan meminta mereka terlibat dalam satu ujian mingguan.

kajian terbaru buktikan tulis apa kita makan boleh kurangkan berat badan

Ujian berkenaan meminta mereka untuk merekodkan ambilan makanan mereka setiap hari seperti bilangan, saiz dan cara penyediaan selama 2 minggu.



Kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal Obesity menunjukkan, mereka yang memperuntukkan sebanyak 23.2 minit sehari untuk merekodkan apa yang mereka makan seharian, telah turun berat badan sebanyak 10%.

kajian terbaru buktikan tulis apa kita makan boleh kurangkan berat badan



Ketua penyelidik berkenaan, Jean Harvey juga berharap agar mereka yang ingin menurunkan berat badan agar mencuba kaedah ini, tambah lagi masa kini sudah ada banyak aplikasi pada telefon bimbit yang boleh digunakan untuk merekodkan pengambilan makakan sehari-harian.

Sumber: Jurnal Obesity via era.je

“Saja nak tengok komen orang bijak pandai fesyen, yang melampau saya sekat” - Siti Nurhaliza


PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu dia sengaja mahu melihat komen-komen netizen yang dikatakan bijak dalam mengkritik fesyennya.

Siti, 40, berkata dia sememangnya memberi kebebasan kepada pereka fesyen untuk berkarya dan tidak pernah menggangu hasil kerja mereka yang menghasilkan sesuatu mengikut tema setiap acara atau majlis.

Menurut penyanyi lagu Anta Permana ini, pereka fesyennya juga turut berasa gementar memandangkan netizen gemar memberi komen serta kritikan terhadap rekaan tersebut.



"Saja nak tengok komen orang bijak pandai fesyen... Yang melampau saya sekat. Jangan marah aaa. Saya saja bagi pereka fesyen berkarya dan saya tak kacau pun sebab dia ikut tema.

"Korang (kau orang) ingat semua pereka fesyen tak ketar ke nak buat untuk Siti Nurhaliza? Sebabnya yang rasa lebih hebat daripada pereka fesyen tu ramai nak beri komen.

"Sayang tu saya faham tapi... Berpada-pada la ya," tulis Siti di ruang komen foto dia memakai busana rekaan Ridzuan Bohari di malam CIMB Islamic X Maher Zain pada Rabu.

Busana berwarna jingga kemerah-merahan itu mengundang kritikan netizen yang beranggapan rekaan tersebut tidak sesuai dengannya.

Bagaimanapun, ada segelintir pengikut di laman sosial seperti tidak percaya yang penyanyi tersohor itu menulis kenyataan sedemikian.



"Admin @ctdk, kena jaga bahasa lepas ni. Datuk Seri Siti Nurhaliza tak macam ni. Ini IG rasmi @ctdk. Harap @rozisangdewi beri perhatian gaya bahasa yang digunakan.

"Ada lain macam sikit... Tak baik tau ugut-ugut pengikut," kata salah seorang netizen yang meninggalkan komen.

Sebelum ini, busana Siti ketika mengadakan konsert jelajah di Jakarta, Indonesia menerima kritikan daripada seorang pereka fesyen baharu yang menganggap ia sudah lapuk dan tidak sesuai dengan kehebatan namanya.

Namun, Siti memberitahu dia tidak kisah dengan pandangan terhadap perkara tersebut kerana apa yang paling penting dirinya selesa memandangkan perlu banyak pergerakan di pentas.

Sumber : mStar Online


Sumber Menulis sebenarnya boleh kurangkan berat badan. Tidak percaya? lihat inilah caranya!

0 Response to "Menulis sebenarnya boleh kurangkan berat badan. Tidak percaya? lihat inilah caranya!"

Post a Comment