Mayat tanpa tangan kanan dan kaki kiri ‘ditemani’ buaya 19 kaki



KINABATANGAN: Satu mayat tanpa tangan kanan dan kaki kiri dijumpai di tebing Sungai Kinabatangan pada petang Jumaat.

Jena,zah mangsa Abdurahman Norsirat, 40, yang merupakan anggota sukarela Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinabatangan ditemukan 1 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Menurut Ketua Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Zon Sandakan, Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel, ketika ditemukan, terdapat seekor buaya sepanjang 19 kaki di sebelah jasad mangsa.



“Keadaan itu menyebabkan petugas operasi mencari dan menyelamat (SAR) tidak dapat mendekati untuk mengambil jasad mangsa.

“Mereka kemudiannya menghalau haiwan itu dengan berhati-hati dan setelah menunggu kira-kira 30 minit buaya itu bergerak ke lokasi lain.



“Anggota SAR kemudiannya mengambil mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang Khamis, mangsa yang keluar menjala udang di tebing Sungai Kinabatangan berdekatan Tanjung Bulat, dilaporkan disa,mbar buaya. – Awani Online

Sumber Mayat tanpa tangan kanan dan kaki kiri ‘ditemani’ buaya 19 kaki

0 Response to "Mayat tanpa tangan kanan dan kaki kiri ‘ditemani’ buaya 19 kaki"

Post a Comment