Keadaan Rahimi kini kritikal selepas peluru berjaya dikeluarkan dari perutnya



Hati ibu mana yang tidak risau apabila mendapat berita bahawa anaknya berada dalam keadaan kesa-kitan, namun itu yang terpaksa ditanggung ibu kepada rakyat Malaysia Rahimi Ahmad, salah seorang mangsa yang ced-era dalam seran-gan di Masjid Christchuch, New Zealand.

Rokiah Mohammad, 65 mengetahui berita tersebut setelah dimaklumkan menantunya Norazila wahid melalui panggilan telefon petang tadi.

Ikut hati makcik nak ke sana jumpa Rahimi

Disebabkan jarak yang jauh, Rokiah hanya mampu berdoa kepada Allah supaya anaknya diselamatkan walaupun di dalam hatinya sudah meronta-ronta mahu melihat dengan mata sendiri keadaan anak kesayangannya itu.


Peluru dapat dikeluarkan dari perut

Difahamkan, Rahimi antara dua orang rakyat Malaysia yang dipercayai mengalami kece-deraan ekoran dari temb-akan rambang tersebut.

Menurut makluman daripada isterinya, peluru berjaya dikeluarkan daripada perut Rahimi namun keadaannya sedang dikhabarkan kritikal.




Terdahulu, Rahimi bersama anak lelakinya telah pergi ke masjid tersebut bagi menunaikan solat Jumaat seperti kebiasaannya, sebelum berlaku sera-ngan temba-kan.

Bagaimanapun, anak Rahimi tidak mengalami sebarang keced-eraan.

Malah angka kema-tian juga dijangka meningkat kerana ramai mangsa yang ce-dera itu berada dalam keadaan kritikal, semoga Allah memanjangkan usia mereka dan segala urusan dipermudahkan.

Sumber : cempedakcheese

Sumber Keadaan Rahimi kini kritikal selepas peluru berjaya dikeluarkan dari perutnya

0 Response to "Keadaan Rahimi kini kritikal selepas peluru berjaya dikeluarkan dari perutnya"

Post a Comment