“I’m out of control.. terlajak fanatik sangat” - Pengakuan jujur seikhlas hati gadis peluk As’ad Motawh



Apabila insiden penyanyi remaja, Asad Motawh yang secara tiba-tiba dipeluk individu bertudung ketika membuat persembahan bersempena dengan sesi Percaya Tour di sebuah pusat membeli belah baru-baru ini, ramai yang bertindak mengecam tindakan gadis berkenaan.



Sehinggakan ada yang memberi pendapat bahawa apa yang berlaku itu hanyalah suatu gimik untuk promosi Asad Motawh.

Namun, spekulasi berkenaan dinafikan oleh seorang gadis bernama Nurul Hayati yang dipercayai gadis yang bertanggungjawab memeluk penyanyi tersebut lalu mencetuskan viral di media sosial.

Gadis yang memeluk Asad Motawh itu telah tampil memberi komen menerusi laman media Instagram.



Nurul Hayati yang menggunakan akaun @niurull itu tampil memberikan penjelasannya menerusi satu caption.

Ini komen Nurul Hayati:


“Cakap la apa uols nak ckp pun yg penting kalau dibayar mampu ke drg nak byr i????? Tlg sikit eyyy kte naik td sbb xde sape yg halanggg ahhaah ingat nak nyanyi sama2 je x sangka terpeluk skali ala lek lek sis tak sengajaaa!,”

“Had fun todayyy n paling bestt dapat jumpe jugak @asad.motawh @ismailizzani_ @outbreak._ omgeez! Pengsannnn! Sorry jugak ada scene yang tak sepatutnya jadi tadi im out of control mann fanatic sangat kott ngan asadddddd hahaha jgn kecam siss tauu,”



Malah menerusi posting sebelum ini, dia telah berkongsi kejadian itu dan meminta maaf kerana ada adegan tak sepatutnya telah berlaku.

Malah katanya, dia berada di luar kawalan mungkin kerana terlalu fanatik dengan bintang berusia 18 tahun itu.



Lalu, perkongsian dari Nurul Hayati itu mendapat reaksi pelbagai netizen, malah ada rakan wanita berkenaan yang turut mengakui perangai Hayati yang memang agak happy go lucky dan gila-gila sejak dulu lagi.

SUMBER: Instagram Asad Motawh, Nurul Hayati

Sumber “I’m out of control.. terlajak fanatik sangat” - Pengakuan jujur seikhlas hati gadis peluk As’ad Motawh

0 Response to "“I’m out of control.. terlajak fanatik sangat” - Pengakuan jujur seikhlas hati gadis peluk As’ad Motawh"

Post a Comment