Hancur luluh hati isteri apabila suami tergamak pinjam duit isteri RM570,000.. Ingatkan nak buat apa,rupanya kahwin satu lagi dengan artis muda cantik



Seorang lelaki yang merupakan ahli perniagaan kaya jadi viral di Indonesia. Lelaki berkenaan telah mengahwini artis Indonesia, Bella Luna, 25 tahun, rupa-rupanya ada meminjam wang berjumlah 2 bilion rupiah (RM578,000) daripada isteri pertamanya untuk dijadikan hantaran dan mas kahwin.

Melalui laporan dari media di negara Indonesia, pelakon sinetron dan model itu sebenarnya tidak mengetahui lelaki yang dikahwini nya iaitu Eko Hendro Prayitno, 38 tahun, sudah berkahwin.

Bella Luna dikatakan hanya mengetahui status suaminya pada petang hari perkahwinan mereka pada tarikh 15 Februari yang lalu.

Kes perkahwinan Bella dengan Eko Hendro Prayitnatau yang dikenali sebagai Nana menajdi bualan ramai di negara jiran itu.

Isteri pertama Nana iaitu Shirley Chandrawati telahpun bertemu peguam untuk selesaikan hal ini.

Lantas peguam berkenaan telahpun bersemuka dengan Bella Luna dalam rancangan bual bicara Indonesia, Hotman Paris, semalam dan rakaman itu dimuat naik menerusi akaun Instagram @hotmanparisdhow_inews.


Bella Luna telah menjelaskan dia bersedia berkahwin dengan Nana kerana menyangka lelaki terbabit masih bujang malah pelakon itu bersumpah dengan nama Tuhan tidak tahu suaminya sudah beristeri.

Ini antara perbualan mereka berdua:

“Benar kamu enggak (tidakk) tahu?” tanya Razman.

“Benar hu Allahi,” kata Bella sambil mengangkat tangannya bersumpah.

Sementara itu, dari portal Tribun Jabar melaporkan, Shirley berkata, suaminya ada meminta untuk meminjam wang kononnya untuk digunakan sebagai modal perniagaan. Akhirnya wang itu digunakan untuk kahwinan Bella Luna.

“Nana beritahu dia mahu meminjam wang untuk dijadikan modal. Ia adalah wang simpanan anak-anak tetapi sebenarnya dia gunakan untuk mas kahwin,”

Menjelaskan perkara itu, jurucakap Bella Luna berkata, pelakon itu hanya mengetahui lelaki terbabit sudah beristeri pada hari pernikahan mereka. Menurutnya, mas kahwin yang dimaksudkan itu juga termasuk sebuah rumah berharga 2 bilion rupiah.

“Bella Luna tidak tahu Nana sudah berkahwin dan hanya mengetahui status suaminya pada hari berkenaan. Berlaku kekecohan dan Bella Luna menampar Nana,”

“Mas kahwin yang diberikan kepada Bella ialah rumah berharga 2 bilion rupiah dan emas seberat 88 gram, bukan 88 kilogram serta kelengkapan solat,”

Bagaimanapun, Bella Luna dikatakan berjanji memulangkan kembali mas kahwin yang diberikan kepadanya. Sementara itu, Detik.com melaporkan Bella Luna sudah menandatangani surat cerai kerana berasa tertipu.

“Saya sudah tanda tangan surat cerai dengan Nana. Cuma Nana belum tanda tangan,”

Memang isu yang panas dan penuh drama kejadian ini. Kesian kedua wanita ini yang jadi mangsa si Nana.


sumber : penmerahpress.my

Sumber Hancur luluh hati isteri apabila suami tergamak pinjam duit isteri RM570,000.. Ingatkan nak buat apa,rupanya kahwin satu lagi dengan artis muda cantik

0 Response to "Hancur luluh hati isteri apabila suami tergamak pinjam duit isteri RM570,000.. Ingatkan nak buat apa,rupanya kahwin satu lagi dengan artis muda cantik"

Post a Comment