Cara Yang Ringkas Dan Senang Buat Karipap Kentang Daging Dan Telur Rebus Yang Dijamin Sedap!



Bagi anda yang gemar makan karipap, resipi Karipap Kentang Daging dan Telur Rebus perkongsian saudari SuRiani Rahim ni boleh anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.



RESIPI KARIPAP KENTANG DAGING DAN TELUR REBUS

BAHAN KULIT KARIPAP:

1kg tepung gandum
1/2 cawan minyak masak – panaskan sekejap
3 sudu makan marjerin
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya
BAHAN INTI:

15 biji ubi kentang – kupas kulit dan potong dadu
100gm daging – potong nipis dan kecil
2 paket kecil rempah kari
10 tangkai cili kering – kisar halus
1 biji bawang besar – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
1-2 tangkai daun kari – hiris
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya – jika perlu
Minyak untuk menumis
Telur rebus – dibelah empat



CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan garing.
2. Kemudian masukkan daging, cili kisar dan rempah kari. Masak lagi hingga garing. Daging boleh direbus terlebih dahulu tetapi empunya resipi tidak rebus kerana sudah hiris nipis.)
3. Seterusnya masukkan ubi kentang, garam serta gula secukupnya. Kalau inti agak kering, masukkan sedikit air.
4. Masak inti hingga kentang dan daging empuk. Padamkan api dan sejukkan inti.



5. Untuk membuat doh, satukan tepung gandum, marjerin, minyak masak dan garam. Gaul sebati.
6. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat. Jika terlembik, tambah tepung secukupnya.



7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai leper.
8. Sudukan inti secukupnya dan masukkan telur rebus. Kelim kemas.




9. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati.



Kredit resipi dan foto: SuRiani Rahim via majalah rasa

Sumber Cara Yang Ringkas Dan Senang Buat Karipap Kentang Daging Dan Telur Rebus Yang Dijamin Sedap!

0 Response to "Cara Yang Ringkas Dan Senang Buat Karipap Kentang Daging Dan Telur Rebus Yang Dijamin Sedap!"

Post a Comment