Bolot 9 Anugerah Cemerlang Di Sekolah, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Didik Anak Yang Mungkin Kita Sebagai Ibubapa Terlepas Pandang.



Kepintaran anak-anak Dr Sheikh Muszaphar sememangnya sudah mula terserlah sejak lahir lagi sehingga membuatkan ramai yang mengagumi cara luar biasa angkasawan negara itu mendidik anak-anaknya.

Baru-baru ini, anak sulungnya Sophea Isabella atau lebih mesra digelar Bella telah memperoleh 9 anugerah termasuk Anugerah Keseluruhan pada Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah agama kanak-kanak itu.

Gembira terhadap pencapaian anaknya, Sheikh Muszaphar telah memuat naik sekeping foto bersama Bella dan meluahkan rasa syukur di laman Instagramnya.

Antara anugerah yang diperolehi oleh kanak-kanak berusia 7 tahun itu ialah Cemerlang AlQuran, Cemerlang Tauhid, Cemerlang Fekah, Cemerlang Sirah, Cemerlang Bahasa Arab, Cemerlang Akhlak , Cemerlang Khat, Cemerlang Hadith dan Cemerlang Keseluruhan.



Dalam kapsyen pada foto tersebut juga, dia juga berterima kasih terhadap semua tenaga pengajar yang telah mendidik anaknya di sekolah dan berharap agar Bella dapat menjadi seorang Muslim yang sejati suatu hari nanti.

Foto tersebut telah membutakan laman Instagram Dr Sheikh Muszaphar dibanjiri dengan komen daripada para pengikutnya.

Tahniah Bella!
Selain itu, ramai juga diantara pengikut Dr Sheikh Muszaphar yang sering mengajukan soalan tentang cara-cara yang betul untuk mendidik anak masing-masing.

Dr Sheikh Muszaphar Kongsi 15 Tips Paling Win Untuk Didik Anak-Anak Bermula Dari Kecil

Walaupun anda masih belum bergelar ibu bapa, tips ini boleh juga dipraktik untuk anak buah dan sesiapa sahaja.Mendidik anak-anak adalah sesuatu perkara yang mencabar. Ibu bapa perlu menggunakan cara dan pendekatan yang betul untuk membentuk mereka sejak kecil.

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak ini diibaratkan sebagai kain putih. Hanya ibu bapa dan orang lebih tua yang boleh mencorakkan kehidupan mereka. Jika anda inginkan kejayaan buat anak-anak anda, gunakan cara yang betul supaya mereka tidak tersilap langkah ketika meningkat dewasa.

Namun, jika anda seorang yang baru sahaja melangkah ke alam parenthood ini, ada beberapa langkah asas yang perlu anda ketahui sebelum membentuk anak-anak menjadi seorang yang berjaya.



Seperti perkongsian oleh angkasawan pertama Malaysia iaitu Dr Sheikh Muszaphar di laman Instagram beliau sendiri tentang 15 tips berguna untuk didik anak-anak di peringkat awal.

Baca perkongksian penuh beliau di bawah:

Ikuti 15 tips daripada Dr Sheikh Muszaphar ini:

1.Say ‘I love you’ pada setiap anak at least 10 times a day.

2.Jangan biarkan masa anak terbazir walau seminit. Isi dengan aktiviti educational.

3.Gunakan sebaiknya Golden Age anak-anak, iaitu usia 6 tahun pertama. Isi sebanyak mana ilmu (of course with right method) memandangkan fasa ini otak anak-anak sedang berkembang dan amat tinggi potensi untuk ilmu yang dimasukkan jadi memori kekal dalam otak anak.

4.Inspire & encourage your kids to push their limit so that they will be tough, tak suka membuat alasan dan suka mencabar diri sendiri untuk berjaya.

5. Strict with your rules at the same time full of love.

6. Expose anak dengan macam2 aktiviti; Math, Flashcard, horse riding, aktiviti kebajikan dll. Anak akan cepat matang.

7.Kanak2 sukakan rutin. Stick with routine.

8. Children never get tired. So gunakan sebaik-baik masa untuk mereka penuhi dengan pelbagai aktiviti.


9.Communicate communicate communicate! Knee down & bend down bila bercakap dengan anak (eye level) supaya mereka merasa apa yang kita cakap tu penting.

10.Never say ‘no’ (its a one way communication). Use a lot of ‘WHY’.

11.Start young! Jadi bila besar, mereka tak cepat penat, kita juga tak penat.

12.Home environment. Bekalkan kemudahan yang kondusif untuk anak-anak belajar. Jangan gaduh depan anak.

13.Belajar bahasa. Kanak-kanak sangat mudah belajar bahasa baru.

14.Identify signs of stress & reschedule.

15.EDUCATION STARTS AT THE AGE OF 6, BUT LEARNING BEGINS AT BIRTH.


Sumber dari ZonBola

Sumber Bolot 9 Anugerah Cemerlang Di Sekolah, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Didik Anak Yang Mungkin Kita Sebagai Ibubapa Terlepas Pandang.

0 Response to "Bolot 9 Anugerah Cemerlang Di Sekolah, Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Cara Didik Anak Yang Mungkin Kita Sebagai Ibubapa Terlepas Pandang."

Post a Comment