“Bini Saya Tak Pernah Walau Sekali Merungut…” – Walau Pakai Viva, Dr Say Dan Isteri Tetap Cool, Isterinya Pernah Kema-langan Gara-Gara Ini…



Meski berstatus selebriti dengan kerjaya profesional bergelar doktor, namun doktor viral, Dr Shazril mengakui pernah memandu kereta Perodua Viva keluaran 2010 yang diturunkan daripada kakaknya.

Menurut Shazril yang lebih sinonim dipanggil Say, kereta bukanlah keutamaan dalam hidupnya, apa yang penting dia boleh bergerak ke satu destinasi ke destinasi lain.

“Topik : Malu Ape Peeps Part 1

“Sy drive Perodua Viva keluaran 2010 yg diturunkan drpd akak sy. Membeli kereta was never a priority for me cz sy fikir kereta is not an asset. With time, d value will depreciate dan xmendatangkan keuntungan, asal bley gerak dari point A to point B cukup dh. Paling penting bg sy ialah menyediakan tempat berteduh bg bini, bakal baby dan diri sendiri.”Walaupun isteri, Dr Azura Abas, pernah mengalami kem4langan akibat tertidur sewaktu memandu, namun setelah dibaiki, semuanya sempurna semula.

“Tapi parents sy dh mula bising sb yelah kereta ni dh agak kopak dan rabak. Pnah one time bini eksiden dgn kete ni sb tertidur waktu Houseman dulu.“Sedap die sagat divider jalan tapi no hal ketuk dan catdan dan voila Viva kembali up dan running. Skidded tak terkira dah, tayar pecah dh mcm rutin. Tp sy degil, masih dgn pendirian “buatpe nak bazirkan duit kt bnde yg kaum aku suke nak tayang ni”.”Namun, melihatkan wanita tersayang yang kini sedang sarat mengandung, hatinya tersentuh melihat susah payah untuk menaiki kereta kecil ini.

“Sejak bini makin sarat ni, pendirian sy mengenai kereta mula goyang. Bile tgk die bersusah2 nak masuk kereta (agak sempit dlm viva tuk yg sarat), bersusah2 nak bangun bile smpi destinasi (viva agak lowered) dan setiap kali terlanggar lubang/ bumper, bini akan pegang perutnye (risau akan kandungannye) sayu sy melihatnye. Bini xpnah langsung complain/ mintak kete baru kt saye tapi… Aih berlinang mata karang, sambung part 2 nnt peeps.”




Terharu MH baca kesanggupan dan redha seorang isteri mengikut percaturan suami. Semoga yang baik-baik sahaja buat pasangan ini.

Foto – Instagram Dr Say  via mh


Siapa yang tidak mengenali doktor selebriti, Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr. Say Shazril yang seringkali berkongsi tetang tips kesihatan, penjagaan badan dan bermacam lagi.

Terbaru, beliau berkongsi pengalamannya menghidapi penyakit Teratozoospermia menerusi Instagram miliknya. Menurut beliau penyakit tersebut seringkali menjadi punca keruntuhan rumah tangga. Sakit apa tu doktor?


Menerusi posting tersebut, beliau merancang untuk tidak mempunyai anak pada dua tahun pertama perkahwinan kerana komitmen kerja..

Post ni panjang skit n dikhaskan tuk yg dah atau akan berkahwin sb lusya skit. Anyway kami kawin dah 4tahun setengah. 2 tahun lpas kawin kami merancang xmo ade kids sb yelah bz housemanship (xmo habis lmbt n xmo gune ngandung/ anak sbgi alasan salu ponteng/ dtg lmbt) dgn cara kuah asing (buang luar) semata2.Sepanjang 2 tahun kuah asing tu mmg x lekat n sy pun ingat woah power kuah asing ni maka kami teruskan kuah asing smpi lah kami di Terengganu. Bile kt Tengganu pn kami sambung rancang sb suasana agak x kondusif tuk pregnancy (jauh dari family n sy kerja shift n bini pn oncall sokmo). 2 tahun berlalu di Terengganu b4 kami quit gomen n pulang ke Selangor.Sejejaknya kami di Selangor ape lagi kuah campur siap kuah banjir sy bagi tp seperti normal Malays bile xlekat mula pikir salah bini kot sb dulu die pernah operate besar2an belah perut (explorative laparotomy) tuk burst appendicitis. Maka bini herself dh mula risau thinking die xleh pregnant.

Maka kami consult specialist kami di Serdang dlu n die sarankan kami both buat checkup. Sy pun typical pemikiran lelaki pikiaq “aku nk buatpa, aku sihat salu p gym jaga makan”. Maka bini buat checkup dlu. Amik darah check hormon normal. Buat HSG (nk tengok saluran peranakan tersumbat) pun came back normal. Now its my turn. Tp kna tnggu part 2 naa peeps ahaha.

#sharingbysay

Tiba masa sy tuk buat checkup. Sy dgn yakin dan bangganya pergi thinking “ah mesti aku ok lah, aku gagah”. Masa pi tu agak ramai lelaki lain yg buat checkup dtg ngn bini masing2. Tp sy relax dtg solo sb yelah kite kuat kan ahaha. Tup tap Semen Analysis (ujian kecemerlangan kuah) sy came back as Teratozoospermia (banyak sperm yg abnormal morfologi, xbnyk sperm yg normal). Terduduk sy bang.

Teringat banyak crita2 yg sy dgr sebelum ni bile psgn xleh pregnant, bini dipersalahkan, suami mintak cer4i sb bini m4ndul. Sy pun pikir lah nasib sy “gulp m4ti aku bini ak mintak fasakh sb kuah aku basi”. Sy sempat curi2 intai keputusan laki2 lain yg kt situ n mostly semua mcm sy Teratozoospermia cuma yg lebih menyedihkan bini depa ada kt sebelah nk mengadap skali kputusan yg kuah lelaki mereka bukan seperti yg mereka idamkan.Sy anta kputusan Semen Analysis sy kt specialist sy sebelum sy roger bini sy. Specialist sy reply “not bad, there is still hope, u kena…”. Bila sy dgr “there is still hope” tu, langit jadi cerah gilaaa bakhang. Maka sy terkinja-kinja wassap bini telling her my result n terus dgn cepat sy sandarkan ayat specialist sy “there is still hope”, bini pun akur dan positif.Terus sy amalkan nasihat specialist sy yakni jgn pki seluar ketat2, kurangkan pengambilan caffeine dan patuh makan ubat yg disuruh. Awat sperm sy jadi lagu tu? Sy pn xtau, sb sy xamik supplement lama dh tp mmg sy suka gila minum pepsi black dekat 4-5 cawan sehari campur ngn kopi lg dan at d same time makan benda2 xsihat. Sy amalkan dekat 2 bulan, lepas tu… Aishhh sabaq naa part 3 coming soon heheh.

#sharingbysay



Topik : Bukan Semua Salah Perempuan Part 3 dan Finale

Part 2 aritu ayat last “lepas tu” eh? Silap2 patutny “tapi”. Tapi dlm tempoh 2 bulan ni mmg challenging. Wlpn kuah sy yg bersalah tp d pressure is always on d female side, mrk lah yg kne berhadapan dgn soalan mek bawang “bile nk dpt anak”, “tunggu ape lg, rezeki xelok tangguh2”, “kilang ko tutup baru tau” n bini being a good bini xkn nk balas “owh xleh dpt anak sb kuah suami basi”. Almost hari2 bini termenung, menyepi dan knkdg menangis.

Kite laki mmg kite chill. Kalau boleh, nk nmpk mcm bujang selamanya. But seeing bini mcm tu it somehow affects me. One day bini bukak topik nak buat IVF (persenyawaan luar rahim) yg cost easily RM15-18k. Terduduk lg skali sy bang, mane nak cari duit bnyk tu dgn baru pindah rumah dan aku keje insta review je. Sy comfortkan bini “bg i masa 3 bulan tuk i habiskan ubat ni dan tuk i ubah lifestyle b4 i repeat another Semen Analysis. If xde improvement kite IVF ikut cara u” Bini akur.

Maka bermulalah lifestyle changing sy. Kalau korg ikut story sy sb tu lah sy rajin masak sendiri, pagi2 breakfast amik tea instead of coffee, pepsi black mmg sy buang. Semua demi bini (ada skit la sb sayang duit heheh). Tup tap 3 bulan tu xsampai lagi sb skang masih dlm proses perubahan so belum tiba maseny nk repeat balik Semen Analysis sy. Sorry bukan happy ending spt yg korg idamkan cz this is life, bukan Kabi Kushi Kabi Gam.

Morale of d story, ketidaksuburan is 50-50 kpd perempuan dan lelaki. Wahai kaum lelaki jgn ingat 100% ketidaksuburan terletak kt bini cz dgn environment nowadays yg penuh dgn pencemaran (asap okok, asap2 lain) dan gaya hidup yg penuh caca merba (pemakanan melalut, excessive caffeine, supplement yg xtau ada apa dlm) sume bley menyumbang kpd ketidaksuburan. Yang paling penting ego kne letak tepi bang. Jgn ingat kite ni muka tajam, dahi licin, kuah kite lazat pdhl bile chck expired.


Kpd mrk yg teka2 mase part 2 yg bini sy dh preggy, sy ambil teka teki anda sbgi doa yg one day kami akan dimurahkan rezeki ye? Alhamdulillah lpas sy buat post ni ramai yg opened up dgn mslh trying to conceive masing2. Till then kalau ada good news InsyaAllah sy share kt sini deh?

#sharingbysay

Sumber: Dr. Shazril Shaharuddin

Kredit:ohbulan

Sumber “Bini Saya Tak Pernah Walau Sekali Merungut…” – Walau Pakai Viva, Dr Say Dan Isteri Tetap Cool, Isterinya Pernah Kema-langan Gara-Gara Ini…

0 Response to "“Bini Saya Tak Pernah Walau Sekali Merungut…” – Walau Pakai Viva, Dr Say Dan Isteri Tetap Cool, Isterinya Pernah Kema-langan Gara-Gara Ini…"

Post a Comment