Bella Astilah dedah kecurangan terbaru lelaki pujaan malaya, Aliff Aziz



Penyanyi Bella Astillah menerusi akaun Instagramnya meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap seseorang yang dipercayai suaminya, Aliff Aziz.

Bella meminta agar Aliff berhenti menjaja cerita kononnya beliau menghalau suaminya itu daripada rumah.



Pada masa yang sama, Bella sekali lagi mendedahkan kecu-rangan suaminya, kali ini bersama orang lain pula. Ada individu yang mendakwa melihat Aliff di Johor di dalam kereta bersama seorang wanita beberapa hari lalu.



Sebelum ini, Aliff pernah mengece-wakan hati isterinya sekitar tahun 2017 apabila dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon Afifah Nasir.

Bagaimanapun, kerana perasaan cinta dan sayang , Bella ketika itu memaafkan suaminya, Aliff juga berjanji beliau akan berubah dan tidak akan mensia-siakan isterinya lagi.



Namun, baru-baru ini  Aliff  ‘kantoi’ curang buat kali kedua bersama pelakon baru, Oktovia Manrose. Berita kecura-ngan itu didedahkan oleh Bella sendiri dimana beliau menerima kiriman rakaman video daripada seseorang menerusi Instagramnya yang menunjukkan Aliff dan Oktovia mesra dan berhibur di sebuah kelab.



Kontroversi kecurangan Aliff kali ini betul-betul membuatkan Bella kecewa serta sudah tawar hati dan redha sekiranya perce-raian adalah jalan terakhir dan terbaik buat mereka berdua.


Sumber : beautifulnara.com

Sumber Bella Astilah dedah kecurangan terbaru lelaki pujaan malaya, Aliff Aziz

0 Response to "Bella Astilah dedah kecurangan terbaru lelaki pujaan malaya, Aliff Aziz"

Post a Comment