“Banyak Pula Baju Abang Jadi Mangsa Masa Preggy Ni,” – Gara-Gara Perut, Mawar Rashid ‘Rembat’ Baju Raff Yaakob!



Pelakon Mawar Rashid yang kini sedang menghitung hari untuk bersalin anak pertamanya ada berkongsi mengenai dirinya yang terpaksa ‘pakai’ baju suami gara-gara mengandung.

Katanya, ada ada membeli baju-T untuk suami, Raff Yaakob. Bagaimanapun, pelakon drama Raisha 2 itu terpaksa ‘buruk siku’ kerana mengambil dan pakai baju tersebut.

“Mawar beli T-shirt Gray ni untuk hubby, end up Mawar yang pakai baju hubby ni. Maaf la ye, baju2 Abang banyak pulak jadi mangsa time preggy ni.


“Baju Abang comfy2 and cantik2 semua 😛 Harap2 baju Abang tak rosak je la. Takut kendur bahagain perut je,” tulisnya.



Susulan posting tersebut, ada peminat yang turut berkongsikan pengalaman sama seperti Mawar!



Mawar dan suaminya yang juga adik kepada Datuk Fazley Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

Foto: Instagram Mawar Rashid via mediahiburan.my

Biodata Mawar Rashid, Pelakon Drama Raisha 2



Biodata
Nama penuh: Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid

Nama popular: Mawar Rashid

Tarikh lahir: 3 April 1995

Umur: 23 tahun

Kelahiran: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan model

Media sosial: Instagram @mawarashid

Fakta Menarik
1. Berketinggian 1.60 meter.

2. Berdarah kacukan Melayu-Siam.

3. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014.

4. Bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2014/15 yang mana ketika itu turut disertai Raysha Rizrose, Puteri Aishah, Mimi Lana, Deeba Halil, Balqish Maarif dan Syamim Farid. Mawar meraih undian tertinggi untuk memenangi kategori peserta kegemaran.

5. Pernah tular gara-gara tidak dapat menjawab soalan wartawan berkaitan maksud sebenar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ketika awal perlaksanaannya. Berikutan itu, ada segelintir netizen yang menghentam kononnya dia adalah 'bimbo’ yang bermaksud ‘cantik tetapi bodoh’. Mawar memohon maaf kerana ketidakpekaannya terhadap perkembangan ekonomi negara.

6. Meminati seni tarian.

7. Sukakan nasi dan masakan pedas.

8. Menyifatkan dirinya seorang yang manja dan mudah terhibur.

9. Takutkan lipas hingga boleh menangis!

10. Pandai bermain gitar.

11. Pandai bercakap dalam bahasa Thai dengan baik.

12. Beberapa drama dibintanginya ialah Super Gameboy, Tundukkan Playboy Itu, 2000km Ke al-Haram, Suamiku Paling Sweet, Dia, Kalis Kasih, Pencuri Cinta Kelas Satu, Isteriku Mem Besar dan Raisha 2.

13. Telefilem lakonannya menerusi Rajuk, M4TI, Imam Samar-Samar, Cinta Bersegi-Segi dan Pok Ya Cong Codei: Siti Di Hati.

14. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium.

15. Menerima pencalonan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 dan Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

16. Bertunang dengan pelakon dan ahli perniagaan, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan cef Fazley Yaakob pada 7 Julai 2017 sebelum mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

sumber : iluminasi.com

Sumber “Banyak Pula Baju Abang Jadi Mangsa Masa Preggy Ni,” – Gara-Gara Perut, Mawar Rashid ‘Rembat’ Baju Raff Yaakob!

0 Response to "“Banyak Pula Baju Abang Jadi Mangsa Masa Preggy Ni,” – Gara-Gara Perut, Mawar Rashid ‘Rembat’ Baju Raff Yaakob!"

Post a Comment