Anak Sebenarnya Akan Lebih Berjaya Kalau Ibu Bapa Kuat Berleter..


Gambar hiasan

Menurut Kajian, Anak Lebih Berjaya Kalau Ibu Bapa Kuat Berleter..

Jika anda seorang yang suka membebel atau berleter, jangan risau kerana ia akan memberikan kebaikkan pada pasangan atau anak anda.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti of Essex di England mendapati, anak yang didesak oleh ibu atau bapa ketika kecil, berkemungkinan besar lebih berjaya berbanding anak daripada ibu yang tidak berbuat demikian.

Penelitian keatas 15,500 gadis remaja, berusia 13 dan 14 tahun sejak dari 2004 sehingga 2014 mendapati, anak yang didesak oleh ibu mereka, selalunya diletakkan standard tinggi dan lebih ramai anak ini berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej dan memiliki gaji besar ketika sudah dewasa.

Tambah lagi, anak yang didesak ini mempunyai kurang masalah sosial.

Sumber: era.je




Kerajaan Bayar Faedah RM200 Juta Sekiranya ECRL Dilaksanakan Kerana Datuk Seri Najib Berhutang Sehingga RM55 Bilion..
PUTRAJAYA – Kerajaan terpaksa menanggung bebanan untuk membayar faedah sebanyak RM200 juta daripada pinjaman 55 bilion dalam tempoh setiap enam bulan sekiranya pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilaksanakan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jumlah pinjaman itu pada asalnya untuk projek ECRL namun, selepas mengadakan perbincangan dengan kontraktor dari China, pinjaman itu turun sebanyak 20 bilion.

“Sekarang ini, pinjaman itu tinggal RM35 bilion. Tapi kenapa kontrak ini bernilai RM55 bilion?. Mungkin kerana dia ( Datuk Seri Najib Razak) nak curi duit.


“Duit yang sepatutnya kita gunakan untuk rakyat terpaksa digunakan untuk membayar hutang. Baru-baru ini kita bayar cuma faedahnya sahaja RM200 juta. Setiap enam bulan perlu bayar RM200 juta kerana Datuk Seri Najib Tun Razak berhutang sehingga RM55 bilion,” katanya pada sidang Sambutan Hari Landskap Negara 2019 di Taman Botani di sini hari ini.

Sebelum ini, Dr. Mahathir memberi bayangan kontrak berjumlah RM81 bilion bagi projek ECRL kepada kontraktor utama, China Communication Construction Company Ltd (CCCC) berkemungkinan ditamatkan.

Ini kerana kerajaan tidak dapat menanggung beban kewangan yang dianggarkan berjumlah lebih RM100 bilion jika projek mega itu tetap diteruskan.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, menurut Dr. Mahathir, pihak kerajaan berhasrat menunaikan janji-janjinya tetapi ia tidak dapat dilakukan dalam satu malam.

Menurutnya, perkara itu mengambil masa yang panjang lebih-lebih lagi kerajaan masih lagi terbelenggu dengan permasalahan hutang lebih RM1 trilion

Sumber: Kosmo Online

Sumber Anak Sebenarnya Akan Lebih Berjaya Kalau Ibu Bapa Kuat Berleter..

0 Response to "Anak Sebenarnya Akan Lebih Berjaya Kalau Ibu Bapa Kuat Berleter.."

Post a Comment