7 Fakta Meletop Sepupu Uqasha, Oktovia Manrose… Ramai Tak Tahu Fasal Statusnya!



Ketika ini, nama pelakon Oktovia Manrose sedang menjadi perbualan hangat kalangan netizen di media sosial apabila isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah memaklumkan pelakon wanita berkenaan ada ke sebuah pusat hiburan bersama suaminya.

Bagaimanapun, Oktavia awal malam tadi telah membuat kenyataan maaf mengenai insiden yang berlaku.

Apapun, jom ketahui 7 fakta menarik mengenai Oktovia Manrose.

Nama sebenar Oktovia Manrose ialah Wan Syamira Putri Octovia Binti Wan Syahman dan dilahirkan pada 29 Oktober 1991.


Pelakon yang berasal dari Kuala Lumpur ini merupakan anak kepada pasangan bekas penyanyi dangdut terkenal, Iwan dangdut dan pelakon era 80-an, Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor.



Merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik. Abang sulung Oktovia ialah Ramada Manrose dan adik perempuanya, Aprena Manrose, juga merupakan seorang pelakon.



Aktres ini mulai dikenali menerusi drama ‘Cinta Si Wedding Planner’ yang turut dibintangi Adi Putra dan Mira Filzah.


Pelakon berusia 28 tahun ini merupakan sepupu kepada pasangan adik beradik Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.

Pernah mendirikan rumahtangga bersama Mohd Izat Abd. Rahman namun telah berpisah pada 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain berusia 8 tahun.




Foto: Instagram Oktovia Manrose

Kredit artikel : mediahiburan.my

Sumber 7 Fakta Meletop Sepupu Uqasha, Oktovia Manrose… Ramai Tak Tahu Fasal Statusnya!

0 Response to "7 Fakta Meletop Sepupu Uqasha, Oktovia Manrose… Ramai Tak Tahu Fasal Statusnya!"

Post a Comment