10 Gambar Bachelorette Party Nelydia Senrose Bertemakan Baju Tidur Dapat Kritikan Netizen



Umum mengetahui, pelakon cantik Nelydia Senrose mengesahkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi dengan seorang jutawan muda bernama Hafez.

Selepas kecoh isu majlis ‘bridal shower’ yang dihimpit kontroversi kerana didakwa mengikut budaya barat minggu lalu, pelakon itu mencuri perhatian sekali apabila mengadakan acara bachelorette party pada hujung minggu lalu.





Bertemakan baju tidur, difahamkan acara tersebut dirancang oleh adik-beradik, saudara mara dan kenalan rapat tanpa pengetahuan Nelydia.

Acara tersebut dimeriahkan dengan tariah khas untuk menghiburkan bakal pengantin. Kami kongsikan sikit beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung.






Sumber : rotikaya

Artikel lain

Nelydia Senrose Sahkan Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi


Tidak berselindung mengenai hubungan cintanya dengan seorang jutawan muda bernama Hafiz, Nelydia Senrose mengesahkan bahawa dia bakal berkahwin tidak lama lagi.

Semalam, tersebar di media sosial perkongsian oleh kenalan rapat pelakon itu yang menghadiri majlis meraikan bakal pengantin yang diadakan di sebuah hotel. Menerusi video dan gambar yang dikongsikan, Nelydia turut memakai selempang dengan tulisan ‘Bride to be’.

Tidak mahu mengulas lebih lanjut, Nelydia berharap agar majlis yang dirancang nanti akan berjalan dengan baik dan dipermudahkan.

‘Ya, saya bakal menamatkan zaman bujang, tidak lama lagi. Insya-Allah, semoga yang dirancang (majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan) akan dipermudahkan,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Nelydia memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri. Malah tahun lalu, Nelydia juga mengakui dia sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya namun tarikhnya dirahsiakan.

Apa pun kita nantikan sahaja Nelydia umumkan tarikh majlisnya kelak. Tak sabar rasanya mahu melihat Nelydia naik pelamin. Apa yang pasti perkahwinan pelakon ini antara yang dinanti ramai peminat.

sumber : rotikaya



Sumber 10 Gambar Bachelorette Party Nelydia Senrose Bertemakan Baju Tidur Dapat Kritikan Netizen

0 Response to "10 Gambar Bachelorette Party Nelydia Senrose Bertemakan Baju Tidur Dapat Kritikan Netizen"

Post a Comment