Semalam berlangsungnya konsert jelajah penyanyi kumpulan wanita dari Korea, BLACKPINK di Stadium Melawati, Shah Alam. Konsert ini turut mendapat sambutan tinggi dari peminat di Malaysia sehingga tiket habis dijual.
Namun, ada segelintir pihak kurang berpuas hati termasuk pelakon Abby Abadi yang kurang senang dengan etika pemakaian BLACKPINK ini. Dia mendakwa pemakaian skirt dan seluar pendek yang dikenakan adalah kurang menyenangkan dan juga dilihat terlalu se,,ksi.
Apa yang best Blackpink ni ye?
Jap jap.. sebelum tidur nak tanya. Takde siapa buat demo ke Blackpink ni pakai skirt pendek nauuuuuu buat konsert kat Malaysia ni? Haritu Selena Gomez bukan main huru hara lagi sampai buat solat hajat depan stadium. Yg ni?
Apa yg bestnya Blackpink ni ye? Sorry Sy tertinggal bas. Tertengok ni baru tahu pasal Blackpink ni .
Abby Abadi telah memuatnaik sebuah video menerusi Instagram akaunnya. Kapsyen yang ditulis ini mencetuskan persoalan terhadap demokrasi atau tindakan yang tidak diambil oleh mana-mana pihak ekoran etika pemakaian yang dikenakan ahli kumpulan dari Korea ini.
Tambahnya, dia turut mempersoalkan mengenai konsert Selena Gomez yang juga tidak dibenarkan membuat persembahan di Malaysia disebabkan berpakaian seksi. Tetapi bagaimanakah pula dengan Blackpink ini?
Ekoran dari pandangan pelakon ini juga, rata-rata netizen meninggalkan komen kurang senang dan lihat respon Abby Abadi ini.
Ala, macam Elite dulu la
Tegur artis dalam Gerak Khas tu
Sumber: Abby Abadi via ohbulan.com
Biodata dan Foto Nostalgia Abby Abadi
Pemilik nama sebenar Arbaiyah binti Abdul Manan atau Abby Abadi (40 tahun) dilahirkan pada 1 Disember 1977 di Kuala Lumpur. Beliau mula bergiat aktif dalam industri hiburan pada tahun 1995. Beliau adalah ahli kumpulan Elite yang pernah popular dalam industri nyanyian suatu ketika dahulu. Beliau juga menjadi anggota asal Elite yang pertama keluar daripada kumpulan itu pada penghujung tahun 1997.
Abby juga pernah bergiat dalam bidang lakonan, antara yang memberi kesan ialah watak Inspektor Aleza menerusi drama bersiri Gerak Khas di RTM (TV2). Malah, beliau juga dikenali menerusi bidang pengacaraan, iaitu Roda Impian bergandingan dengan Halim Othman selama dua musim.
Keluarga
Abby Abadi juga pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim pada tahun 2002. Mereka dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Namun, mereka akhirnya berpisah pada tahun 2009. Hak penjagaan ketiga-tiga anak mereka itu diberikan kepada beliau.
Selain itu, Abby juga pernah berkahwin dengan Muhammad Noor Farhan pada tahun 2013, namun dibatalkan. Pada tahun 2015, dia berkahwin pula dengan Muhammad Faizal Zakari dan kekal sehingga kini.
Penglibatan dalam bidang politik
Setelah mengambil keputusan untuk bertudung pada tahun 2012, Abby kerap dijemput oleh ramai pihak, antaranya parti politik terutamanya PAS untuk muncul di pentas mereka. Pada 19 Julai 2012, beliau sendiri bertemu Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat untuk menghantar borang keahlian pada sebuah majlis di Kota Bharu, Kelantan.
Berikutan itu, tanggungjawab yang digalasnya sebagai duta tudung syarikat AlHumaira Contemporary (AHC) diberhentikan atas sebab 'tidak menepati sasaran'. Keputusannya untuk berhijrah, menyertai PAS dan menyahut cabaran debat AC Mizal mendapat ejekan dan kecaman segelintir pihak.
Isu kontroversi dalam bidang politik
Abby semakin aktif dengan aktiviti politik dan ingin lebih mempelajari tentang Islam. Namun, Abby Abadi telah memberikan sebuah kenyataan kontroversi menerusi Twitter kepunyannya berkaitan ibadah korban yang menjadi bualan ramai netizen khususnya di blog. Kenyataan itu menyebut, jika tidak ingin berkorban untuk memperjuangkan agama, namun melakukan korban untuk lembu dan sebagainya, itu tidak dikira korban, itu dikira membunuh binatang.
Abby Abadi juga dikatakan telah menempelak kerajaan Malaysia akibat tidak mengizinkan orang-orang PAS membawa senjata hanya bagi tujuan berjihad di Gaza. Sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 singkatan (HKR112), Abby Abadi amat berminat untuk bersama-sama sejuta rakyat menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka.
Sejak Abby menghantar borang untuk bergelar ahli PAS seumur hidup, dia seringkali dijemput PAS bagi menyertai majlis keraian mereka. Barangkali itu merupakan antara transformasi ketara setelah beliau menyertai PAS berbanding selebriti terdahulu, Aishah yang didapati semakin kurang mendapat sambutan dan tidak memperoleh jemputan sebanyak Abby.
Abby Abadi turut pernah ditegur oleh Ustaz Azhar Idrus tentang soalannya berkaitan isu selebriti yang berhijrah dan mula membicarakan isu agama di sebuah program agama. Abby didakwa nampak terasa hati sambil memberitahu tuduhan itu suatu fitnah.
Sumber: Wikipedia Abby Abadi via iluminasi.com
Sumber Tegur Anggota Blackpink Pakai Menjolok Mata, Abby Abadi Berbalas Komen Dengan Netizen Bawang
0 Response to "Tegur Anggota Blackpink Pakai Menjolok Mata, Abby Abadi Berbalas Komen Dengan Netizen Bawang"
Post a Comment