Suhaimi Saad minta RM5000 jika mahu dia tampil di TV Alhijrah bincang isu Flat Earth



Menerusi laman FB, pihak Analisis TV Alhijrah telah membuat pendedahan bahawa bekas ahli kumpulan Inteam iaitu Suhaimi Saad telah meminta wang sejumlah RM5000 untuk tampil ke pentas berkenaan, berbincang tentang perkara bumi leper.



Ini pendedahan dari pihak ANALISIS TV Al Hijrah:

Kami telah menghubungi Saudara Mosus buat kali kedua untuk tampil bersiaran di Analisis TVAH bagi topik ‘Flat Earth’.
Beliau bagaimana pun meminta RM5000 untuk bersiaran di TVAH.
Top 5 cadangan netizen untuk Analisis Jumaat depan :

1. Flat Earth
2. Supplement dan Buah pinggang.
3. Tamadun Chola
4. Masalah depresi di Malaysia
5. Wahabi: Penyatu atau pemecah ummat?



Jika anda mempunyai cadangan Panel untuk topik di atas, sila nyatakan.
Kami akan menghubungi panel yang rakyat Malaysia mahukan.



Melihat perkara ini menjadi viral, Suhaimi Saad tampil memberi komen balas, tentang kenapa dia minta RM5000 dari TV Alhijrah.

Ini komen balas dari Suhaimi Saad:



OK iSU BARU
Mohon Viralkan ya.

Betul,
Memang ss minta RM5000 daripada mereka.
Kenapa?
Tak mampu bayar?



Mereka nak ss datang ke program TV mereka.
ss datang dari Kota Bharu.
ss perlu bermalam.
ss akan tanggung kos perjalanan atau flght tiket,makan dan penginapan.
ss akan tanggung risiko untuk berdebat dan bercakap, dimalukan dan dikecam.

Pastu mereka nak panggil free free je?
Sorry!

Mereka nak ramai orang menonton siaran mereka.
Tapi tak nak bayar.
Nak bayar seratus dua je
Kau buat untung juta juta.

Ingat!
Allah akan tanya korang di akhirat nanti.

Bossku,
Kalau tak mahu bayar,lupakan je.
Tak perlu canang pada masyarakat.
Biasa la bisnes.
Ada tawaran dan permintaan.
Ada penawaran dan penolakan.

Sapa suruh buka pekong sendiri.
Memalukan TV islam je.



Sumber: FB Mosus / FB ANALISIS via penmerahpress.my

Sumber Suhaimi Saad minta RM5000 jika mahu dia tampil di TV Alhijrah bincang isu Flat Earth

0 Response to "Suhaimi Saad minta RM5000 jika mahu dia tampil di TV Alhijrah bincang isu Flat Earth"

Post a Comment