Skim Perumahan Belia: Bantu Bujang Dan YangTelah Berkahwin Beli Rumah Pertama, Kerajaan Beri Bantuan Bulanan Sehingga RM200!



Apa yang lebih menarik perhatian, kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual.

 Antara Kelebihan Lain Termasuklah:

Kemudahan ini ditawarkan untuk membiayai hartanah yang sama ada sudah siap, sedang dalam pembinaan atau hartanah subpembelian.

100% pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pemindahan hakmilik dan perjanjian pembiayaan bagi nilai rumah sehingga RM300,000.


Syarat-syarat Kelayakan


Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 45 tahun (tertakluk kepada had umur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh     pembiayaan).
Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
Pemilikan Hartanah Pertama sahaja.
Permohonan secara perseorangan atau bersama.
Pemegang Akaun BSN GIRO / GIRO-i.
Mempunyai bukti pembelian / pemilikan hartanah.



Dokumen yang Diperlukan

Borang permohonan BSN.
Salinan Kad Pengenalan.
Sijil perkahwinan yang sah.
Pemohon Bekerja Tetap / Pemohon Bersama (pasangan sahaja).
   -  Slip Gaji Terkini (asal dan salinan) untuk tempoh tiga (3) bulan.
Nota: Jika bukan pemohon bersama, suami/ isteri pemohon perlu mengemukakan 1 bulan salinan terkini penyata gaji

    Penyata Bank Terkini untuk tempoh tiga (3) bulan
    Slip Gaji dan Penyata Bank Terkini untuk tempoh enam (6) bulan (bagi lain-lain  pendapatan)
    Penyata KWSP
    Surat Pengesahan Majikan


Pemohon Bekerja Sendiri / Pemohon Bersama (pasangan sahaja)
    Pendaftaran Perniagaan/Syarikat
    Borang B / BE + Resit LHDN
    Penyata Kewangan Syarikat
    Penyata Bank Organisasi untuk tempoh enam (6) bulan
    Lain-lain Dokumen (Cth. Laporan Lawatan Tapak)

Bukti pembelian yang terdiri daripada salinan Perjanjian Jual Beli (S&P), yang telah distem. Jika S&P belum selesai, resit deposit
    / pesanan pembelian pro forma boleh diterima bagi tujuan kelulusan permohonan
Salinan laporan penilaian (untuk pembelian hartanah siap daripada individu / bukan pemaju)  daripada panel penilai BSN
Salinan Geran Induk / Individu (jika ada)
Akaun berkanun bagi memastikan hanya yang layak untuk pembelian rumah pertama dan kegunaan sendiri sahaja yang layak untuk skim ini dan perlu disahkan oleh pesuruhjaya sumpah.
Akuan berkanun perlu ditandatangani oleh pemohon dan pasangan.

sumber : blog maukerja

Sumber Skim Perumahan Belia: Bantu Bujang Dan YangTelah Berkahwin Beli Rumah Pertama, Kerajaan Beri Bantuan Bulanan Sehingga RM200!

0 Response to "Skim Perumahan Belia: Bantu Bujang Dan YangTelah Berkahwin Beli Rumah Pertama, Kerajaan Beri Bantuan Bulanan Sehingga RM200!"

Post a Comment