Setelah 13 tahun menunggu dan terus menunggu, akhirnya drama diari ramadhan Rafique kini kembali menemui peminat...



Bila tiba bulan puasa pasti ramai yang ternanti-nanti drama apakah yang akan ditayangkan di televisyen. Salah satu drama yang pernah menjadi trending satu ketika dulu adalah Diari Ramadan Rafique yang ditayangkan di TV3.

Drama yang mengamit memori ini dahulunya ditayangkan pada tahun 2006 kerana ianya sebuah drama yang cukup dekat dengan masyarakat kita. Diari Ramadan Rafique berkisarkan tentang teletah kanak-kanak yang berpuasa di rumah nenek mereka.

Barisan pelakon Diari Ramadan Rafique pada tahun 2006.

Bagaimanapun dikhabarkan tahun ini siri drama ini akan kembali dan mula ditayangkan bermula bulan puasa 2019.



Barisan pelakon Diari Ramadan Rafique pada 2019.

Orang ramai mulai teruja dengan berita ini kerana drama Diari Ramadan Rafique antara drama yang mencuit hati. Walaupun begitu, barisan pelakon kanak-kanak yang pernah berlakon drama ini kini sudah pun dewasa. Apakah pula cerita mereka kali ini? Sama-samalah kita sabar menantikannya ya!





Selain Normah Damanhuri, Diari Ramadan Rafique Reunion yang bakal bersiaran di TV3 nanti termasuk Rozita Che Wan, Roy Azman, Zed Zaidi, Zarynn Min dan ramai lagi.

Foto: Instagram Normah Damanhuri

Sumber Setelah 13 tahun menunggu dan terus menunggu, akhirnya drama diari ramadhan Rafique kini kembali menemui peminat...

0 Response to "Setelah 13 tahun menunggu dan terus menunggu, akhirnya drama diari ramadhan Rafique kini kembali menemui peminat..."

Post a Comment