Menghembuskan nafas terakhirnya semasa mengaji al-Quran ketika tunggu solat Jumaat



LELAKI warga emas meninggal dunia ketika membaca al-Quran sementara menunggu solat Jumaat di Masjid Bandar Tawau, pagi hari ini.

Abd Muhlis Daris, 68, dari Kampung Tanjung Batu Keramat Laut, dikatakan mengaji sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di masjid berkenaan.



Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, susulan kejadian itu, jemaah lain segera menghubungi ambulans.
“Petugas paramedik yang tiba kemudian mengesahkan warga emas itu meninggal dunia.
“Tiada sebarang unsur jenayah dan difahamkan warga emas itu ada penyakit darah tinggi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Katanya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.






Sumber Menghembuskan nafas terakhirnya semasa mengaji al-Quran ketika tunggu solat Jumaat

Related Posts :

0 Response to "Menghembuskan nafas terakhirnya semasa mengaji al-Quran ketika tunggu solat Jumaat"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.