Doktor Hafidzah Dedah Pengalamannya Sendiri Bers,alin Secara Alami Di Luar Negara



Di Facebook, seorang doktor memuji keberanian Puan Hayati wakil dari Do,ula kerana membicarakan isu sensitif ini di khalayak ramai. Beliau turut memberi cadangan agar pihak kerajaan mendengar dan mengiktiraf kehendak masyarakat yang mahukan bers,alin secara alami ini.

Saya memuji keberanian Puan Hayati

Ini pandangan Dr Hafidzah Mustakim selaku Ketua Biro Kesihatan di Negeri Kelantan :-

“Do,ula, Peneman Ibu atau Pengganti Doktor ? Menyaksikan rancangan Analisis malam ini di TV Al Hijrah kendalian Hajah Syafinaz Yunus. Dua minggu berturut-turut topik panas berkaitan isu perubatan. Kupasan Prof Imelda memang mantap. Saya memuji keberanian Puan Hayati membicarakan isu sensitif ini di khalayak.

Saya boleh memahami hasrat ibu-ibu muda mahu merasai pengalaman kelah,iran alami (gentle bi,rth atau natural bi,rth) kerana 32 tahun yang lepas saya sendiri melalui pengalaman kela,hiran sebegini ketika melahirkan anak sulong, kedua dan ketiga.”



Saya dibenarkan berada di posisi mana saya mahukan

“Ketika itu saya masih lagi belajar di Melbourne. Kerajaan di sana sudah menerima dan mengiktiraf kehendak rakyat mereka yang mahukan kelahiran alami ini. Lalu disediakan kemudahan ber,anak secara alami di fasiliti hospital. Ada ‘Family Bir,thing Unit’.

Saya ber,anak di dalam bilik yang ada katil double, ada bean bag.

Saya dibenarkan berjalan dan berada dalam posisi mana pun yang saya mahukan; menca,ngkung, mera,ngkak pun boleh. Bezanya, di sebalik kepala katil tu terlindung paip saluran oksigen dan peralatan lain yang boleh digunakan bila-bila masa sekiranya ada komplikasi kela,hiran . Yang menemani dan memantau kel,ahiran anak saya adalah jururawat terlatih. Fatima namanya, asal dari Sudan.”

Kerajaan harus mengiktiraf kehendak masyarakat


“Point saya, mungkin sudah tiba masanya pihak kerajaan mendengar dan mengiktiraf kehendak masyarakat yang semakin ke depan yang mahukan perkhidmatan seperti ini diadakan di fasiliti Kerajaan (dan swasta). Kesimpulan Hajah Syafinaz paling menarik ‘Do,ula tidak boleh menemani ibu bersalin tanpa kehadiran bidan terlatih atau doktor”.

Pandangan Mufti Wilayah Dr Zulkifli Al Bakri tentang perkara ini juga amat jelas. Penggunaan khidmat dou,la adalah tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan yang terlatih. Ini bertentangan dengan maqasid syariah dalam menjaga ny,awa.

Kalau mahu diteruskan, Do,ula Malaysia mesti bernaung di bawah Persatuan yang didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan kegiatan mereka dipantau. Sudah tiba masanya kema,tian Ibu dan Bayi disebabkan oleh kela,hiran yang tidak selamat dihentikan”

Sumber : Dr Hafidzah Mustakim via ohbulan.com

Sumber Doktor Hafidzah Dedah Pengalamannya Sendiri Bers,alin Secara Alami Di Luar Negara

0 Response to "Doktor Hafidzah Dedah Pengalamannya Sendiri Bers,alin Secara Alami Di Luar Negara"

Post a Comment