Gambar hiasan.
|
Hari ini aku naik komuter dari KL Sentral balik ke rumah. Pada waktu itu adalah waktu puncak, tiada tempat duduk. Jadi aku pun berdiri di depan pintu masuk.
Di depan aku ada seorang gadis muda berbangsa Cina (nampak seperti pelajar) berdiri bersama bagasi. Di sebelah gadis ini ada seorang lelaki Arab berdiri berdekatannya.
Seperti biasa, aku akan buka buku dan baca dalam tren. Sebelum sampai di Bank Negara, aku perasan yang gadis Cina ini seperti mendengus dan mula bergerak sedikit menghampiri aku. Aku beri ruang.
Selepas Bank Negara, gadis itu sekali lagi nampak tidak keruan. Asyik bergerak seperti menjauhkan diri dari sesuatu. Aku terus tutup buku, tengok lelaki Arab itu yang asyik merenung badan gadis terbabit.
Sah, mesti ada yang tidak kena dengan lelaki Arab ini. Aku perhatikan saja. Lelaki itu kerap menghayun tangannya konon nak pegang tiang, nak pegang pintu, nak keluarkan telefon bimbit, nak garu badan. Tetapi pergerakan tangannya seperti mahu menye,ntuh gadis terbabit.
Aku dah mula panas hati, aku tenung dia lama-lama tetapi dia buat tak tahu.
Tren menghampiri stesen Putra dan berhenti. Lelaki itu berpura-pura mengoyang badannya kononnya terkesan dari impak brek tren dan tindakannya itu hampir menyentuh gadis itu tetapi tak sempat terkena sebab aku dah mendengus. Dia cepat-cepat berdiri tegak kembali.
"Did he touch you?" tanya aku pada gadis itu.
Tiada jawapan. Dia hanya menundukkan wajahnya.
"Tak faham bahasa inggeris ke dia ni?" dalam hatiku berkata.
Lekai itu sekali lagi membuat perangainya menghayunkan tangan yang hampir terkena badan gadis itu. Gadis itu segera merapatkan tangannya ke badan.
"Dia tadi pegang you ke?"
"Tak faham bahasa melayu ke dia ini?"
Aku tenung lelaki itu. Hati menjadi semakin panas, rasa nak tumbuk saja muka dia sebab dia masih lagi nak buat-buat hayun tangan. Mulut aku dah terkumat-kamit mencarut. Entah berapa banyak pahala puasa aku habis.
Selepas stesen Segambut, aku suruh gadis itu bergerak ke bahagian dalam sedikit menjauhi pintu dan lelaki Arab itu. Cepat-cepat dia masuk sampai tergolek bagasinya.
"Eh? Faham pula dia"
Tidak lama selepas itu, lelaki Arab itu cuba nak masuk ke dalam. Aku terus menghalangnya. Maka berdirilah dia di belakang aku. Kalau dia ra,ba pung,gung aku, berbuka puasa makan penyepaklah dia jawabnya.
Lelaki Arab itu turun di Kepong. Gadis itu turun di Kepong Sentral. Tetapi dia sempat melihat aku dan mengangguk kepala sebelum turun.
Kepada perempuan Malaysia, kalau kena ra,ba itu, sila minta tolong orang sekeliling. Kalau orang dah tanya tu, silalah jawab. Aku memanglah spesis kurus melidi tetapi aku pun akan minta tolong orang sekeliling untuk 'uruskan' lelaki seperti itu. Lagi pun lelaki itu pendatang asing, menca,bul ini perbuatan hina.
Kepada gadis Cina, jangan kau ingat kerana aku Melayu dan Islam aku takkan tolong kau. Jangan kau ingat aku akan pertahankan tindakan lelaki Arab yang sama agama dengan aku. Tak kiralah kau perempuan bangsa apa sekali pun, agama apa sekali pun, kalau ada lelaki seperti ini yang cuba menca,bul, ramai lelaki yang berbilang bangsa dan agama akan sedia menolong. Cuma, tolong beritahu sajalah. - Mohd Norhafiz
Sumber Cubaan Lelaki Arab Mera,ba Gadis Cina Dalam Tren Gagal Kerana Lelaki Melayu Ini
0 Response to "Cubaan Lelaki Arab Mera,ba Gadis Cina Dalam Tren Gagal Kerana Lelaki Melayu Ini"
Post a Comment