Berita Baik! Orang bujang dapat BSH RM100



PUTRAJAYA - Kerajaan mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM100 untuk golongan bujang yang belum berkahwin dan yang bekerja tetapi berpendapatan rendah.


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sebagai permulaan, pembayaran RM100 akan disalurkan kepada setiap individu yang berdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018.

“Bayaran tersebut akan dibuat pada hujung bulan Mac 2019 dan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka.


“Bayaran ini akan memanfaatkan lebih daripada 3 juta individu dan melibatkan peruntukan RM300 juta,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Berhubung dengan bayaran selanjutnya, beliau berkata, kadar bantuan BSH bagi 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamadkan.

Mengulas lanjut katanya, BSH untuk golongan muda diberikan selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian bagi semua yang berkeperluan dalam masa terdekat.

Bahkan katanya, Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan supaya turut dibantu anak muda yang belum berkahwin dan bekerja tetapi berpendapatan kecil.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung BSH, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mel kepada: bsh@treasury.gov.my.

Sumber : sinar harian

Kementerian Kewangan Kembalikan Bantuan Sara Hidup Untuk Golongan Bujang



Kementerian Kewangan Malaysia melalui Menterinya, YB Lim Guan Eng mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk golongan bujang dikembalikan.

Menurut kenyataan itu lagi, untuk pemulaan awal agihan sebanyak RM 100 akan diberikan kepada setiap individu kategori bujang yang berdaftar di dalam pangkalan data BSH 2018.

”Bayaran tersebut akan dibuat pada hujung bulan Mac 2019 dan dimasukkan terus ke akaun bank mereka.,” kata kenyataan itu yang menyebut bahawa bantuan berkenaan akan memberi manfaat kepada lebih 3 juta rakyat dan melibatkan peruntukkan sebanyak RM 300 juta.




Sumber Berita Baik! Orang bujang dapat BSH RM100

0 Response to "Berita Baik! Orang bujang dapat BSH RM100"

Post a Comment