Suatu Hari Ketika lalu Dibelakang Rumah, Aku Terjumpa bungkusan pelik di pokok daun kari.Tak sangka bila buka ada….Sungguh Mengejutkan!



Assalamualaikum.. Saya dengan rendah hati mohon pada Allah agar kami sekeluarga sentiasa dilindungi dari makhluk Allah, hasad dengki, irihati, dan segala hal yang tak diingini.

Pagi semalam saya terjumpa benda ini di belakang rumah kat celahan pokok kari. Saya waktu tu tak fikir apa² dan ambil benda tu..nak buka tapi rasa was². Saya tunggu sampai suami balik kerja. Tapi sebelum suami balik kerja saya dah minta pakcik sebelah rumah tolong bukakan.





Mashaallah.. Pada Allah kami memohon jauhkan kami dari segala perbuatan syirik. Dalam bungkusan tu ada berus dawai, 4 batang jarum, beberapa helai rambut, beras dan lada hitam di bungkus menggunakan kain barut bayi.




Pada malam semalam juga suami saya telah berjumpa dengan seorang Ustaz yang mahir tentang hal ni.. Dan Ustaz tu mengatakan itu adalah santau untuk merosakkan rahim.. Mungkin kerana sifat irihati melihat rezeki anak kembar 2 & 3 yang Allah kurniakan pada kami.. Dan kemungkinan motifnya agar saya tidak dapat melahirkn zuriat lagi.

Ustaz tu tahu sangat dengan benda tu. Ustaz itu meminta kami untuk menghanyutkan benda ni kat laut atau sungai dengan benda tu dalam bekas yang bertutup rapat.. Dan andai diizinkan Allah Ustaz tu akan datang rumah kami nanti untuk memagar dengan air Yasin dan saya juga di minta untuk minum air bacaan Yasin.. Dalam masa yang sama kami terus meminta pertolongan pada Allah..

Kami tak sangka di arus kemodenan ni masih ada lagi terselit perbuatan syirik ni dikalangan kita umat islam.. Saya memohon pada Allah agar kami sekeluarga sentiasa dilindungi dari segala hasad dengki, irihati, dan di jauhkn dari segala marabahaya.

Semoga apa yang terjadi  pada kami ni dijauhkn kepada orang lain.. Kami tiada  musuh mahupun orang yang sakit hati pada kami.. Tapi andai ada niat terselindung wallahualam.. Nauzubillah hi minzalik…minta Allah jauhkan..

Kami akan sentiasa memohon minta pertolongan pada Allah dan selebihnya kami serahkan segalanya pada pencipta..

Aamiin..

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.

Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Antara tanda-tanda hubungan suami isteri jadi kacau akibat gangguan jin ataupun sihir:

Suami atau isteri atau kedua-duanya sekali tidak berasa hendak melakukan hubungan badan.Jika berlaku hubungan pun, sangat kurang nikmatnya. Suami (atau ada juga isteri) berasa sangat rimas berada di rumah tetapi berasa tenang apabila berada di luar rumah.

Isteri (atau ada juga suami) berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke rumah. Suami atau isteri terlihat pasangannya kelihatan hodoh.  Mudah bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.  Suami berasa mudah untuk memberi cerai, ataupun isteri mudah untuk meminta cherai apabila berlaku perbalahan.  Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.  Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.  Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.

Sekiranya ada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir.

Antara ikhtiar yang boleh dibuat untuk menyelesaikan masalah ini, suami isteri ataupun kedua-duanya ataupun pihak lain hendaklah mendapatkan rawatan dan saranan perawat.



Selain itu, boleh juga diusahakan sendiri agar gangguan dan sihir itu menjadi lemah (dan mungkin juga terbatal terus atas izin Allah) dengan cara:
1. Pastikan tidak ada gambar-gambar dan lukisan makluk bernyawa yang dipamerkan (di dinding, almari, meja dan lain-lain). Begitu juga dengan patung-patung kecuali patung mainan anak-anak. Gambar dan patung yang dipamer merupakan tarikan yang kuat kepada jin-jin, dan menjauhkan para malaikat daripada berkunjung ke rumah kita.

2. Tambah ibadah seharian. Biasakan buat amalan-amalan sunat. Bacalah Al-Quran setiap hari dengan menatapnya, walaupun sekadar satu ayat.

Banyakkan memohon ampun atas dosa-dosa silam dan terkini, dan berusaha buat perubahan dengan meninggalkan terus perlakuan-perlakuan berdosa itu. Apabila dosa-dosa kita terampun dan terhapus, doa dan harapan kita mudah untuk dikabulkan Tuhan.

3. Elakkan daripada berkumandangnya lagu-lagu dan bahan tontonan yang tidak mendekatkan kita dengan agama. Perkara-perkara ini mengundang kehadiran jin-jin.

4. Wujudkan majlis taklim harian di rumah. Suami atau isteri kumpulkan ahli keluarga lalu dibacakan bahan agama selama lebih kurang 5 ke 10 minit sehari.

Contohnya beli apa-apa buku yang mudah (seperti buku hadis), seorang bacakan (sepotong hadis contohnya) secara lantang manakala yang lain-lain mendengarnya.

Walaupun majlis ini kecil dan singkat, tetapi ia sangat kuat menarik kunjungan para malaikat, dan mengecewakan syaitan-syaitan.

Sebarang perbincangan yang berlaku dalam majlis ini biasanya berlangsung dalam suasana yang tenang dan terkawal, berbeza dengan perbincangan yang berlaku di luar majlis.

Tak percaya? Cubalah buat. Mengapa jadi begitu? Antaranya kerana kita sedang berada di bawah naungan sayap para malaikat dan kerana turunnya sakinah. Mood untuk bertengkar dan meninggikan suara jarang berlaku dalam majlis taklim. Wallahu a’lam.

5. Ahli keluarga yang lelaki (suami dan anak-anak) yang tidak ada sebarang urusan penting, hendaklah berusaha agar dapat solat fardhu berjemaah di masjid ataupun di surau kerana ia adalah tuntutan.

6. Mengadakan kenduri doa selamat jika berkemampuan.

7. Akhirnya, banyakkan berdoa kerana doa itu senjata orang-orang beriman.

Sumber 1: Penang Kini
Sumber 2: Ohmuslim.com

Sumber Suatu Hari Ketika lalu Dibelakang Rumah, Aku Terjumpa bungkusan pelik di pokok daun kari.Tak sangka bila buka ada….Sungguh Mengejutkan!

0 Response to "Suatu Hari Ketika lalu Dibelakang Rumah, Aku Terjumpa bungkusan pelik di pokok daun kari.Tak sangka bila buka ada….Sungguh Mengejutkan!"

Post a Comment