Padah guna alat jimat elektrik.Tiba-tiba pihak TNB datang buat pemeriksaan.Ini jumlah saman yang perlu dibayar.Mau Terbeliak Biji Mata!
Disebabkan ramai orang awam mula menyedari kepentingan berjimat bagi kos elektrik untuk mengurangkan kos utiliti.Ia membuka peluang kepada para peniaga untuk menjual pelbagai alat penjimatan elektrik. Tenaga Nasional Berhad (TNB) pernah mengulas perkara ini berikutan banyaknya penjualan alat penjimatan elektrik.TNB didalam ulasannya sebelum ini menyatakan tidak pernah mengiktiraf mana-mana alat penjimatan elektrik yang dijual di pasaran. Namun begitu penggunaannya dibolehkan selagi ia tidak mengganggu bacaan sebenar meter elektrik TNB.
Awas,berhati-hatilah dengan alat penjimatan elektrik. Kisah ini dikongsikan oleh yang menanggung akibat menggunakan alat penjimatan elektrik selama lebih kurang 2 tahun.Beliau dikatakan didatangi oleh pekerja TNB untuk melakukan pemeriksaan meter di rumahnya kerana musykil dengan bacaan meter. Akibatnnya beliau telah disaman oleh TNB berjumlah hampir RM9000. Berikut adalah kisah selanjutnya.
Assalamualaikum..
Saya nak cerita sikit tentang apa yg terjadi. Sy harap ia menjadi ikhtibar dan pengajaran buat semua.. ini kesilapan kami. Dan kami tanggung kesilapan itu..
lebih kurang 2 tahun lebih dulu.. family kami dulu ada pasang alat menjimat elektrik pada meter. mmg salah pun.. tapi sbb semua barang naik.. bill api melambung2.. so kitorang pun pasanglah alat tu..
Maka bill pun turun lah dr RM400 lebih ke seratus lebih. Lebih kurang sebulan lalu.. Pihak tnb datang utk buat pemeriksaan meter dan mereka kata “penggunaan elektrik tidak relevan”. Gitu lah lebih kurang.. So bila mereka dapat tau ada penjimatan.. Mereka terus kluarkan surat saman..
Mereka akan kira semula berapa yg patut nya kami bayar bulanan.. Tapi nilainya belum tahu.. Akan di beritahu 3 hari sebelum tarikh pembayaran.. Kalau tau awal atleast leh lah prepare kan.. Ni tidak yerrr..
Maka kami adik2 beradik kira2 lah berapa agaknya kena bayar nanti.. Kami anggarkan sendiri.. Agaknya RM1000 kot.. 2000 kot..
Setelah hampir sebulan.. Kami call saman yg kena bayar adalah RM8859.25 yer.. Terkejut beruk kami.. Dan lebih memeranjatkan dan hampir menjadikan kami sekeluarga beruk sebenar adalah.. Sama tidak boleh kurang dan tiada perbincangan utk pengurangan.. Tetap kena bayar amaunt yg di nyatakan.. Staff tnb terang jelas pada kami dengan baik.. Sbb apa dan mereka akan buat.
Tnb kata boleh kurang.. Nyatakan bukti contoh rumah tu xde org duduk ke.. Apa ker.. TAPI.. AMOUNT TU.. bayar dulu.. Then kalau nak masuk court utk pengurangan.. Tu kemudian.. Dan x jamin boleh kurang ke x.. Maksudnya apa tuh.. Paham kannn
Mereka akan potong pada tarikh tu.. Amik gambar.. Dan akan beri no invoice.. Kita pergi bayar dan mereka akan pasang semula..
Perit kan.. Tapi semua tu silap kami.. Nak jimat elektrik tapi guna cara yg salah.. Mmg mula2 jimat.. Ujung2 kena bayar jugak apa yg nak jimat sgt tu..
Pada sesiapa yg ada buat seperti apa kami buat.. Jgan sbb kita nak kurangkan bill kita menyalahi undang2. Ujung kena bayar juga apa yg kamu nak jimat sgt tu. Hentikanlah.. Sbb tnb boleh tahu apa yg kamu buat.. Sistem dia boleh baca.. Sebelum terkena baik hentikan..
Nasib baik Allah beri kami rezeki utk bayar amaunt tu.. Kalau x de.. Makanya buatlah unggun api tengah rumah sambil main bayang2 kat dinding..
Ini panduan 14 tips jimat elektrik yang berguna dari TNB
1# Jangan basuh pakaian dalam kuantiti yang sedikit & kerap. Cuba gunakan ruang dalam mesin basuh semaksima yang mungkin.
2# Cuci filter pendingin udara bagi memastikan ia boleh beroperasi secara efisyen. Idea ini sangat membantu untuk jimatkan bil elektrik anda.
3# Tutup semua pintu dan tingkap semasa pendingin udara dihidupkan. Ini untuk elakan pembaziran tenaga.Lagi kecil ruang yang perlu disejukkan, lagi rendah bil elektrik anda.
4# Guna mentol lampu yang menggunakan tenaga yang sedikit. Langkah bijak untuk kurangkan bil bulanan anda.
5# Cuba amalkan menggosok pakaian dalam kuantiti yang banyak. Sebagai contoh, seminggu sekali ke.
6# Penuhkan cerek air elektrik ke tahap maksimun setiap kali anda ingin panaskan air.
7# Pilih peralatan elektrik yang ada rating 5 bintang ( Logo merah kecil seperti pada gambar di bawah)
8# Jarak peti sejuk dengan dinding sejauh 10cm. Ini membolehkan peredaran udara yang lebih efisyen. Tips lain – jangan dedahkan peti sejuk secara langsung kepada cahaya matahari. Ini kerana keadaan sekeliling yang panas, memaksa peti menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu sejuk.
9# Tutup PC, laptop atau monitor lcd jika tidak digunakan. Jangan sesekali biarkan ia berada dalam keadaan ‘standby’.
10 # Anda boleh gunakan timer untuk peralatan yang hanya diperlukan untuk masa-masa tertentu sahaja. Contoh – lampu spotlight di luar rumah. Ini juga cara jimat elektrik yang praktikal untuk kediaman mahupun bangunan komersial seperti premis kedai dsb.
11# Anda disaran untuk menggunakan lampu fluorescent T5 sebagai langkah penjimatan elektrik. Lampu T5 ini sangat efisyen dalam memberikan pencahayaan yang terang & jimat tenaga.
12# Cara jimat elektrik guna aircond – Suhu penghawa dingin yang paling efisyen ialah antara 23-25 darjah celcius untuk kesejukan optimun. Jika kurang dari itu, lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk menyejukkan bilik anda. Cuba laraskan dalam julat tersebut untuk lebih penjimatan.
13# Cara susunan barang dalam peti sejuk juga mempengaruhi penggunaan tenaga elektrik. Cuba disiplinkan diri untuk susun barang dalam peti sejuk supaya lebih kemas & tersusun. Tips jimat elektrik ini untuk memastikan udara sejuk di dalam peti sejuk beredar dengan lebih efisyen & menjimatkan elektrik.
14# Tips jimat elektrik guna mesin basuh – Gunakan mod ‘cold wash’ semasa mencuci pakaian menggunakan mesin basuh. Ini untuk mengelakkan mesin basuh anda menggunakan lebih tenaga untuk memanaskan air.
Sumber 1: Reez Sham Yasin
Sumber 2: TNB
Sumber 3 : realmerah.com
Sumber Padah guna alat jimat elektrik.Tiba-tiba pihak TNB datang buat pemeriksaan.Ini jumlah saman yang perlu dibayar.Mau Terbeliak Biji Mata!
0 Response to "Padah guna alat jimat elektrik.Tiba-tiba pihak TNB datang buat pemeriksaan.Ini jumlah saman yang perlu dibayar.Mau Terbeliak Biji Mata!"
Post a Comment