“Semua Orang Pun Ada Buat Salah, Cuma yang…,” – Linangan Air Mata Haneesya Hanee Live Di MeleTOP, Ini Reaksi Juara Dewi Remaja 2010 Neelofa
Bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee sekali lagi tampil membuat memohon maaf secara terbuka kepada ibunya, Norhasnida Hassan.
Gadis berusia 18 tahun itu berbuat demikian menerusi siaran langsung MeleTOP semalam.
Kesal dan profesional atas apa yang berlaku, akhirnya model dan pelakon itu tidak dapat menahan sebak selepas ditanya hos yang juga merupakan juara Dewi Remaja terdahulu, Neelofa.
Lofa bertanya pada Haneesya, apakah yang ingin dinyatakan terhadap ibunya yang menjadi tulang belakang kepada dirinya selama ini, setelah apa yang berlaku.
Lalu dengan linangan air mata, Haneesya mengucapkan terima kasih buat ibu malah berjanji di hadapan semua orang untuk tidak melakukan lagi kesilapan sama pada masa depan.
“Saya sayangkan ibu. Terima kasih kerana sentiasa menyokong meski saya telah patahkan hati ibu. Saya berjanji di hadapan semua orang saya janji tidak buat lagi. Saya akan buat anda bangga,” katanya ringkas.
Lalu, Neelofa secara spontan memberitahu kalau boleh, dia mahu halakan kamera kepada ibu Haneesya yang berada di belakang pentas.
“Apa yang penting sekarang, fokus pada kerjaya. Buktikan mereka salah. Semua orang buat salah cuma di akhirnya yang lebih penting apa yang sudah dipelajari dari kesalahan.
“Apa pun, saya bangga dengan anda dan saya doakan yang tebaik buat anda dan rakan Dewi Remaja yang lain,” tambah Neelofa.
sumber : mediahiburan.my
Sumber “Semua Orang Pun Ada Buat Salah, Cuma yang…,” – Linangan Air Mata Haneesya Hanee Live Di MeleTOP, Ini Reaksi Juara Dewi Remaja 2010 Neelofa
0 Response to "“Semua Orang Pun Ada Buat Salah, Cuma yang…,” – Linangan Air Mata Haneesya Hanee Live Di MeleTOP, Ini Reaksi Juara Dewi Remaja 2010 Neelofa"
Post a Comment