Menu Kari Babi hotel ada tulisan halal, netizen bawang sepakat salahkan kerajaan Pakatan Harapan



TERSEBAR di media sosial gambar menu kari babi ada gambar karikatur babi berwarna pink, dan logo Hotel Earl's Regency, namun diletakkan tulisan halal berwarna hijau.

Gambar itu mula tular di media sosial selepas dimuat naik oleh halaman Facebook "1 Malaysia Tolak DAP"

"Menu trending #MalaysiaBaru nama hotel kau orang boleh tengok sendiri, menu dia pun kau orang boleh nilai sendiri, hati-hati tau, Jangan salah memilih hotel, tak pasal-pasal dapat bala,"

"Kita tunggu je kenyataan dari kerajaan negeri PH tu jawab, dengar cerita Mujahid dah siap sedia nak buat spin! Makin hancus!" tulis halaman Facebook itu mengaitkan menu babi berkenaan dengan kerajaan Pakatan Harapan.



Penyebaran gambar itu berjaya mencetuskan kemarahan orang ramai sekaligus menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan. Menteri Hal Ehwal Agama di JPM, Dr Mujahid Yusof Rawa juga turut menjadi bahan kutukan netizen berhubung perkara itu.





Namun, gambar yang disebarkan oleh halaman Facebook anti-DAP itu sebenarnya tiada kaitan dengan negara Malaysia.

Aku buat semakan, gambar itu pernah disebarkan sebelum ini di Hyderabad, India oleh laman Facebook "Andhra Pradesh Muslim Community" pada tarikh 15 Oktober 2018.



Hotel Earl's Regency yang menghidangkan kari babi berlogo halal itu sebenarnya terletak di Sri Langka. Hotel itu juga telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf berhubung perkara itu pada 11 Oktober 2018.



Laman facebook "1 Malaysia Tolak DAP" sengaja sebar berita palsu perbodohkan orang ramai, malangnya ramai orang yang berjaya diperbodohkan. Apa pun, tahniah kerana berjaya menjadi bodoh secara berjemaah.


Sumber : milosuam

Sumber Menu Kari Babi hotel ada tulisan halal, netizen bawang sepakat salahkan kerajaan Pakatan Harapan

0 Response to "Menu Kari Babi hotel ada tulisan halal, netizen bawang sepakat salahkan kerajaan Pakatan Harapan"

Post a Comment