Darah khinzir segar ramuan rahsia Laksa Penang terkenal?



SEJAK semalam tular keratan akhbar The Star versi cetak tentang resepi rahsia turun temurun Laksa Penang oleh sebuah keluarga di Pulau Pinang yang menggunakan d ar ah ba b i segar sebagai salah satu ramuan penyediaan kuahnya.



Dalam artikel itu, menceritakan bagaimana resepi rahsia Laksa Penang keluarga Tan tiba di Kuala Lumpur dalam tahun 1996. David Tan diminta menguruskan warung laksa makcik iparnya yang terletak di Seksyen 2, Petaling Jaya Selangor.

Selepas makciknya meninggal, David Tan mula membuka perniagaannya sendiri. Namun dia tidak dapat mengekalkan resepi asal keluarganya 100 peratus.

"Ketika di Pulau Pinang kami masak menggunakan d ar ah ba bi segar,"

"Tapi di Kuala Lumpur pembekal tidak menjual da ra h (ba bi) segar,"

"Jadi kami terpaksa membeli (da r ah b abi) berbentuk kiub dari mereka,"

"D ar ah ba bi dipercayai mempunyai ciri-ciri kesihatan," katanya.

Artikel ini sebenarnya merupakan artikel lama yang pernah disiarkan juga dalam portal The Star, bertarikh 2 Jun 2016. Individu yang mula-mula menyebarkan artikel ini ialah salah seorang pemimpin PAS, Ustaz Saiful Bahri Mamat.



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), juga telah memberi maklum balas berhubung perkara ini. JAKIM telah mengesahkan bahawa "Penan g Fa mous L aksa" memang tidak mempunyai sijil Halal.

"Merujuk kepada laporan akhbar The Star pada 2 Jun lalu, perakuan mengenai penggunaan darah babi dalam hidangan yang dijual di gerai di SS2, Petaling Jaya dibuat sendiri oleh peniaga berkenaan David Tan,"

"Untuk makluman pengguna, gerai jualan ini tidak pernah memiliki atau diberikan sijil pengesahan halal Malaysia," kata Bahagian Hab Halal Jakim seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Sumber : milosuam

Sumber Darah khinzir segar ramuan rahsia Laksa Penang terkenal?

0 Response to "Darah khinzir segar ramuan rahsia Laksa Penang terkenal?"

Post a Comment