"Elfira Loy Gadis Idaman Saya Sejak Lima Tahun Lalu" - Faris K Anuar



Kalau sudah jodoh tidak kemana, itulah ungkapan sesuai untuk pasangan pengantin baru Elfira Loy dan Faris K Anuar.

Siapa sangka sebenarnya Elfira telah menjadi gadis idaman Faris sejak lima tahun yang lalu. Rahsia itu didedahkan oleh penyampai radio terkenal, Hani Fadzil. Berkenalan hanya beberapa bulan, bibit percintaan serta kasih sayang terus mekar dalam hati masing-masing.

Mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu, kini Elfira dan Faris sah bergelar suami isteri pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis akad nikah secara tertutup di Cyberjaya. Difahamkan, pasangan ini akan mengadakan lima majlis resepsi perkahwinan.


Jodoh dan pertemuan semuanya rahsia Tuhan, semoga pasangan ini kekal bahagia sehingga ke syurga.

Sumber Berita : Media Hiburan

Kredit Foto : Sweet Pictures

Artikel menarik lain

Dihimpit Kontroversi Kerana Kesilapan Saya Sendiri – Fathia Latiff



Manusia mana yang tidak melakukan kesilapan, bezanya buat Fathia Latiff beliau mendapat perhatian ramai kerana bergelar seorang selebriti.

Tahun 2018 menyaksikan pelbagai kontroversi dikaitkan dengan beliau dan tidak dinafikan imejnya terjejas teruk sehingga ada satu tahap namanya digugurkan daripada sebuah drama serta tidak mendapat sebarang tawaran lakonan.

Ada yang menganggap akibat salah memilih kawan, Fathia sering dihimpit kontroversi.  Namun, buat Fathia apa yang berlaku sebenarnya adalah kesilapannya sendiri dan tidak mahu menyalahkan orang lain.



Sejujurnya apa yang berlaku adalah kesilapan saya sendiri, bukan kawan. Saya tak pernah menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku.

Memang saya salah, tetapi kalau boleh selepas ini jangan menghukum saya terus tanpa mengetahui punca saya jadi begitu. Orang tidak tahu apa yang saya lalui. Secara luaran orang mungkin tengok saya ceria dan happy go lucky, tetapi mereka tidak tahu masalah yang sedang saya hadapi.

Bila kontroversi berlaku dan orang terus menghukum, saya tidak boleh menghalang dan menganggap itu ujian Allah buat saya yang kerdil ini.


Untuk tahun baru ini, Fathia sudah bertekad untuk menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan enggan lain mengulangi kesilapan lalu. Kami harap Fathia akan terus bersemangat untuk berubah
Sumber Berita : Utusan Online



Sumber "Elfira Loy Gadis Idaman Saya Sejak Lima Tahun Lalu" - Faris K Anuar

0 Response to ""Elfira Loy Gadis Idaman Saya Sejak Lima Tahun Lalu" - Faris K Anuar"

Post a Comment