AWAS!! Hati-Hati Bila Singgah Di RnR Nilai, Wanita Ini Berkongsi Kisah Cemas Apabila Suaminya Nyaris Dipukau Pak Arab!
Minggu lalu tular dengan perkongsian sebanyak 4,072, wanita pemilik akaun Facebook, Nor Farhana memuatnaik status bercerita mengenai satu insiden dilalui suaminya ketika singgah di RnR Nilai.
Singgah Makan.
Ketika dalam perjalanan pulang dari Bangi, wanita yang biasakan dirinya Kak Fana ini singgah di RnR Nilai kerana kelaparan. Katanya di situ ada gerai kambing bakar dan roti arab sedap.
Jadi, Kak Fana turun dari kereta dahulu untuk memesan makanan. Manakala suaminya mencari tempat letak kereta. Selesai memesan makanan, Kak Fana terasa pelik suaminya masih tidak muncul.
Bila si suami tiba, dia pun cerita apa yang berlaku ketika berada di parkir sebentar tadi.
Alasan minta tolong.
Menurut suaminya, ada sebuah kereta bersebelahan tempat letak kereta mereka. Di dalam kereta tersebut ada pasangan berbangsa Arab yang membuka tingkap dan memanggilnya.
“Mula-mula dia speaking, tapi abang suruh dia cakap arab. Arab tu cakap pasport dan dompet dia hilang. Dia perlukan bantuan duit. Pastu tetiba je…” cerita suaminya.
Cepat-cepat tutup tingkap.
“Abang rasa pening kepala berpusing-pusing nak pitam. Abang cepat-cepat tutup tingkap baca ayat kursi dan ayat-ayat pendinding. Abang syak arab tu pukau abang tadi,” tambah suaminya lagi.
Nasib baik cepat bertindak.
Menerusi perkongsian wanita ini bersyukur kerana suaminya itu tidak melayan pasangan Arab itu dan bertindak cepat menutup tingkap. Kalau tidak, habislah semua wang dan barang kemas kena rompak!
Tidak berputus asa.
Setelah itu masih belum selesai ya. Pasangan Arabi itu sanggup tunggu lama tepi kereta mereka dan memerhatikan suaminya. Gigih tau! Mungkin kecewa kerana tidak dapat ‘hasil’.
Tambah wanita ini lagi, dia turut berpesan supaya berhati-hati jika terjumpa kereta seperti dalam gambar di bawah.
Rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman hampir sama!
Sumber: Nor Farhana via himpunanceritalawak.com
Sumber AWAS!! Hati-Hati Bila Singgah Di RnR Nilai, Wanita Ini Berkongsi Kisah Cemas Apabila Suaminya Nyaris Dipukau Pak Arab!
0 Response to "AWAS!! Hati-Hati Bila Singgah Di RnR Nilai, Wanita Ini Berkongsi Kisah Cemas Apabila Suaminya Nyaris Dipukau Pak Arab!"
Post a Comment