7 Kali ‘Reject’ Ajakan Mas Khan Kerana Tak Mahu Dilihat Terlalu Murah – Faz Dewi Remaja.



Sikap berhati-hati sebelum memilih pasangan adalah tanda bahawa gadis tidak perlu dilihat terlalu murah di mata lelaki.

Masa yang sama berhati-hati juga adalah salah satu ‘sign’ boleh dilihat jika lelaki itu benar-benar bersungguh untuk menjalin hubungan.

Take note girls. Sikap ini sangat baik untuk gadis tidak dilihat murah dan tergedik-gedik menyambut salam perkenalan dari seorang lelaki. Betul tak?



Inilah yang dikongsi oleh seorang dari finalis Dewi Remaja 2018/2019, Fazreen Fazera yang kini hangat menjalin hubungan bersama pelakon Mas Khan.

Tentu ramai nak tahukan bagaimana kisah cinta dia orang bermula.

Kongsi Faz, dia 7 kali reject ajakan Mas Khan kerana tak mahu gadis dilihat terlalu murah menerima ajakan lelaki mengajak keluar.

“Kali ke 8 baru saya terima. Masa yang sama saya ingin lihat adakah dia lelaki yang jenis bersungguh-sungguh atau lelaki yang suka mengambil kesempatan pada seorang gadis,” katanya memaklumkan sudah empat tahun bersama lelaki yang bertakhta di hatinya itu.


Pernah terlibat dalam dunia lakonan termasuk filem Surf In Love yang dibintangi pelakon Shukri Yahya, sebelum terpilih top 12 Dewi Remaja, Faz merupakan artis residen MIG tetapi kini bergerak sendiri selepas kontraknya tamat.

Ditanya apa yang disukai mengenai teman lelakinya, kata Faz Mas Khan seorang lelaki yang amat hormatkan kedua ibu bapanya.

“Dia satu-satunya lelaki yang saya pernah kenal yang masih meminta izin dari mak ayah saya setiap kali kami hendak keluar bersama. Bagi saya kalau dia hormatkan keluarga dan sayangkan keluarga saya seperti keluarganya sendiri, tentu dia boleh.menjaga saya di masa akan datang.

” Itu saya respect tentangnya. Lagi satu kami ada persamaan iaitu sama-sama sukakan binatang,” katanya ketika ditemui.



Okay, tentu ramai nak tahukan dah 4 tahun takkan nak begitu sajakan.

Terus terang Faz memaklumkan sepatutnya tahun ini mereka bertunang. Sweetkan.

Tapi sebab dia terpilih sebagai top 12 Dewi Remaja dan ingin membina karier dalam industri seni, maka acara bertunang itu dibawa ke tahun hadapan.

Ditanya tak takut ke jika namanya tenggelam jika berterus-terang sudah punya kekasih, ini jawapan vass dari Faz.

“Faz percaya dengan semua rezeki yang Allah tentukan. Peminat lebih menilai bakat dan bukan publisiti begini. Insya Allah peluang itu akan ada,” katanya ceria.
CER KOMEN SIKIT

Sumber : Remaja

Sumber 7 Kali ‘Reject’ Ajakan Mas Khan Kerana Tak Mahu Dilihat Terlalu Murah – Faz Dewi Remaja.

0 Response to "7 Kali ‘Reject’ Ajakan Mas Khan Kerana Tak Mahu Dilihat Terlalu Murah – Faz Dewi Remaja."

Post a Comment