#200yearchallenge
Kelmarin cerita pasal perubahan Timur Tengah dalam masa 100 tahun, semalam cerita pasal Anglo-Dutch Treaty 1824, so bolehlah aku nak cerita pasal #200yearchallenge ini.
Kalau Timur Tengah ada Sykes-Picot, kita pula ada Perjanjian Anglo-Dutch (Inggeris-Belanda) tahun 1824 yang telah menggariskan sempadan negara di Nusantara seperti yang ada pada hari ini.
Ceritanya bermula pada 200 tahun yang lalu. Pada 19 Januari 1819, ejen UK bernama Stamford Raffles bertolak dari Bengkulu, Sumatera menuju ke kawasan perairan di selatan Johor untuk mencari pulau yang boleh dijadikan sebagai pelabuhan UK, bagi memecahkan monopoli perdagangan Belanda di Nusantara.
Survey punya survey, akhirnya Raffles mendarat di Singapura pada 29 Januari 1819. Cantik tempat Singapura, lokasinya strategik, cuma ia dah bertuan: ia berada di bawah kawalan Kesultanan Johor lama yang juga dikenali sebagai “Kesultanan Johor-Riau” atau “Empayar Johor-Riau” (bagi membezakan ia daripada Kesultanan Johor moden).
Kesultanan Johor-Riau merupakan pewaris kepada Kesultanan Melaka (jatuh pada tahun 1511). Sultan pertama, Alauddin Riayat Shah merupakan anakanda Sultan Mahmud Shah Melaka.
Seperti Srivijaya dan Melaka sebelumnya, wilayah Kesultanan Johor-Riau merangkumi kawasan Semenanjung dan juga Sumatera, meliputi Johor, Pahang, Singapura, Kepulauan Riau (Bintan, Batam, Karimun, termasuk Natuna), Lingga, dan sebahagian timur Sumatera.
Kedua-dua Semenanjung dan Sumatera dilihat sebagai satu “Alam Melayu” (Malay World). Adalah normal bagi orang di Semenanjung cross ke Sumatera, dan dari Sumatera cross ke Semenanjung.
Balik kepada Raffles. Dia fikir macam manalah aku nak mengambil alih Singapura ini. Dia buat sedikit research, oh rupanya Johor-Riau ni decentralized, jajahan dikuasai oleh pembesar: Pahang oleh Raja Bendahara, Johor dan Singapura oleh Temenggong, Muar oleh Raja Temenggong dan Kepulauan Riau oleh Yamtuan Muda. Sultan bersemayam di Lingga.
Singapura ini kawasan Temenggong. Macam mana aku nak pujuk Temenggong, fikir Raffles. Ah, rupanya Johor dalam krisis pewarisan takhta: Tengku Hussain dan Tengku Abdul Rahman masing-masing berebut menjadi sultan mewarisi Sultan Mahmud III yang mangkat pada 1812.
Sebenarnya bukan mereka yang rebut, pembesar yang nak rebut: Yamtuan Muda sokong Tengku Abdul Rahman, Temenggong sokong Tengku Hussain. Belanda juga memihak kepada Tengku Abdul Rahman. Perfect, fikir Raffles.
Maka pada 6 Februari 1819, Raffles menandatangani perjanjian dengan Temenggong Abdul Rahman, memberi sokongan kepada Tengku Hussain. Sebagai pulangan, Singapura disewakan kepada Raffles.
Langkah Temenggong sebenarnya langkah pengimbangan kuasa (balance of power) untuk menidakkan hegemoni Belanda. Tengku Abdul Rahman basically ialah boneka Belanda, jadi adilah kalau Temenggong nak lawan Belanda melalui UK.
Cuma, permainan pengimbangan kuasa ini akan rosak apabila dua musuh yang kita cuba lagakan, berbaik. Tiba-tiba pula UK dan Belanda nak geng selepas UK “Brexit” daripada Concert of Europe pada tahun 1822.
Concert of Europe merupakan pakatan lima kuasa utama Eropah (UK, Perancis, Austria, Prussia, Rusia). Dengan “Brexit” tersebut, UK hilang ramai kawan, maka ia perlu berbaik dengan Belanda.
Maka dengan itu, Perjanjian Anglo-Dutch dimeterai pada 1824, menggariskan zon pengaruh UK dan Belanda masing-masing. Semenanjung dan Singapura jadi hak UK, Belanda tak campur. Sumatera dan Kepulauan Riau, itu hak Belanda, UK tak campur.
Dengan perjanjian tersebut, Kesultanan Johor-Riau dipecahkan kepada dua: Sultan Hussain memerintah di Kampong Glam, Singapura; manakala Sultan Abdul Rahman memerintah di Lingga.
Kesultanan Johor yang berpusat di Singapura tamat apabila anakanda Sultan Hussain, Sultan Ali melepaskan hak memerintah kepada Temenggong Ibrahim (anakanda Temenggong Abdul Rahman) pada tahun 1855. Anakanda Temenggong Ibrahim, Temenggong Abu Bakar mendirikan Kesultanan Johor moden pada tahun 1886.
Sementara itu, Pahang di bawah kuasa Raja Bendahara juga mendirikan Kesultanan Pahang pada 1881. Kedua-dua Pahang dan Johor bergabung ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Kesultanan Johor yanh berpusat di Riau-Lingga pula berada di bawah pengaruh Belanda sehingga 1911, apabila Belanda menamatkan kedaulatannya dan menjadikan Riau-Lingga sebahagian dari Dutch East Indies. Selepas kemerdekaan Dutch East Indies sebagai Indonesia pada tahun 1949, Kepulauan Riau kekal dalamnya sehingga kini.
Singapura? Mula-mula UK kata nak sewa, kemudian nak beli, pusing punya pusing, last-last jadi hak diorang sebagai “crown colony” sehingga tahun 1963. Selepas 2 tahun berada dalam persekutuan Malaysia, Singapura jadi negara berdaulat pada tahun 1965.
9 hari lagi, orang Singapura akan menyambut 29 Januari sebagai ulang tahun ke-200 ketibaan Raffles yang bagi mereka menandakan “founding of Singapore”. Tapi tarikh tersebut lebih tepat dilihat sebagai titik tolak “disintegration of the Malay World” atau “fall of the Malay thalassocracy”.
Sehingga hari ini, minda orang kita masih terperangkap dengan sempadan buatan UK-Belanda. Orang yang tak faham sejarah inilah yang selalu bawa keluar kenyataan “Melayu pendatang Indonesia”.
Bukan nak suruh korang pergi memperjuangkan Melayu Raya untuk mengembalikan kegemilangan Melayu, tapi sekurang-kurangnya, kau mengiktiraf sejarah dan mengambil pengajaran darinya.
#NeverForget
0 Response to "200 Year Challenge: Anglo-Dutch Treaty 1824 Yang Memisahkan Dunia Melayu"
Post a Comment