Perceraian Selebriti Paling Kontroversi Tahun 2018, No.1 Paling Menggemparkan Dunia Tanahair...
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengidamkan sebuah perkahwinan yang kekal bahagia selamanya.
Namun, tidak semua perkahwinan itu berjaya dipertahankan kerana jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan.
Selebrtiti juga adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melalui kisah duka dalam hidup mereka.
Tahun 2018 menyaksikan beberapa kes penceraian artis dan telah menjadi perhatian ramai pihak.
Berikut Astro Gempak senaraikan selebriti yang bercerai pada tahun 2018:
1) Ude dan Intan Liana Saleh
Ikatan perkahwinan selama lima tahun pasangan itu terlerai apabila Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, melafazkan talak satu terhadap Intan Liana Saleh, 33, pada 22 Mac 2018.
Suasana tenang menyelubungi galeri Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur apabila suami kepada aktres Izreen Azminda iaitu Ude melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Intan.
Suasana dalam galeri sebelum itu pilu apabila Shaiful memerintahkan pasangan itu bermaaf-maafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami-isteri sebelum lafaz dibuat Ude.
Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, tiga tahun, serta Ariq Muqri, satu tahun.
Pada November tahun lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.
Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinannya terdahulu dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza.
2) Nazim Othman & Bella Dally
Setelah khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa pasangan ini sudah bermasalah, akhirnya perkahwinan yang baru berusia hampir dua tahun itu terlerai jua apabila kedua-dua sebulat hati setuju untuk membawa haluan masing-masing.
Nazim, 33, mengakui dia telah menceraikan Bella atau nama penuhnya Nabila Ali Dally di Mahkamah Syariah Kota Kinabalu, Sabah, pada 2 Mei lalu.
Bagaimanapun, punca perceraian mereka tidak didedahkan kepada umum dan kedua-duanya memilih untuk mengunci rapat mulut mereka.
3) Ziana Zain & Armin Zaharin
Kemelut rumah tangga penyanyi Ziana Zain akhirnya bertemu titik nokhtah apabila suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri melafazkan cerai talak satu pada 12 Julai 2018.
Armin membuat lafaz itu pada pukul 2.45 petang dihadapan Hakim Syarie, Mohd Nizar Mohtar di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.
Pada 3 April lalu, Ziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah memfailkan tuntutan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah selepas Armin enggan melafazkan cerai terhadap penyanyi tersebut.
Difahamkan fail tuntutan penceraian itu berkaitan penderaan mental dialaminya, nafkah dan kes dera anak-anak mereka.
Ziana atau Siti Roziana Zain, 50, dan Armin, 53, bernikah pada 9 Mei 1998.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.
Perkahwinan mereka mencatat sejarah dalam dunia hiburan negara pada ketika itu kerana ia disiarkan secara langsung menerusi TV3.
4) Natasha Hudson & Carleed Khaza
Pelakon Natasha Hudson mengakui sudah bercerai dengan suaminya, Carleed Khaza atau Khalid Kamal secara baik pada tahun ini.
Desas-desus penceraian ini telah tersebar selepas Natasha memuatnaik satu status pada 25 September lalu yang memaklumkan dirinya sudah kembali sendiri.
Natasha dan penyanyi dan komposer muzik, Carleed berkahwin pada April 2012 dan ia adalah perkahwinan ketiganya.
Hasil perkongsian hidup dengan Carleed, Natasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Naeema Kalila dan Faatimah. Dalam perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki seorang anak, Neesa Helena.
Namun, Natasha tidak mendedahkan punca dan tarikh sebenar dia dan suami bercerai.
Pada 7 Disember 2018, Natasha selamat berkahwin buat kali keempat dengan seorang usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor.
Pasangan itu diijab kabul pada jam 8.30 malam dalam majlis sederhana di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan.
5) Deja Moss & Azfendy Azzuddin
Kemelut rumah tangga antara penyanyi Deja Moss dengan suaminya, Azfendy Azzuddin akhirnya bernoktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada 24 Oktober 2018.
Azfendy, 39, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Noranizan Mohd Sufian selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan plaintif (Azfendy) untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang difailkan pada 5 Mac lalu.
Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 tanpa dikurniakan anak.
Sebelum ini Deja mendakwa perkahwinannya dengan Azfendy berantakan dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Malah, Deja juga mendedahkan punca sebenar mereka ingin bercerai bukan kerana tidak mempunyai zuriat namun disebabkan kecurangan suaminya itu.
6) Zul 2 By 2 & Isma
Setelah sekian lama membiarkan status rumah tangganya menjadi teka-teki, akhirnya penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 7, Isma atau nama sebenarnya Ismaliza Ismail, 38, mengakui telah berpisah dengan komposer Zul 2 By 2.
Tidak memberitahu bila tarikh perkahwinannya berakhir, Isma hanya mengesahkan perceraian itu berlaku awal tahun ini.
Isma yang juga merupakan kakak kepada penyanyi Tomok berkahwin dengan Zul pada 16 April 1998.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11.
7) Amelia Henderson & Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar
Pelakon kacukan India-Scotland, Amelia Henderson akui sudah berpisah dengan Tunku Datuk Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar pada tahun ini.
Amelia bagaimanapun enggan berkongsi tarikh sebenar dia dan bekas suami membawa haluan masing-masing.
Amelia mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 selepas setahun setengah menjalin hubungan cinta. Perkahwinan yang terlerai itu bagaimanapun, tidak dikurniakan cahaya mata.
Memutuskan untuk bercerai setelah bertahun-tahun bersama tentu bukan hal yang mudah.
Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Sama-sama kita doakan kebahagiaan mereka selepas ini.
Sumber : Gempak.com
Sumber Perceraian Selebriti Paling Kontroversi Tahun 2018, No.1 Paling Menggemparkan Dunia Tanahair...
0 Response to "Perceraian Selebriti Paling Kontroversi Tahun 2018, No.1 Paling Menggemparkan Dunia Tanahair..."
Post a Comment