7 ‘Port’ Makan Terlajak Sedap Di Bangi Yang Korang Mesti Cuba! Bukan Orang Bangi Sejati La Kalau Tak Kenal Tempat Ni...hihi
Selain dikenali sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, Malaysia juga terkenal dengan kelazatan makanan-makanannya. Pendek kata, semuanya sedap!
Tak payah pergi jauh, di sekitar Lembah Klang sahaja korang boleh menikmati pelbagai hidangan lazat. Kali ini kami nak kongsikan beberapa ‘port’ makan menarik di Bangi yang korang wajib singgah!
Jadi kepada food hunters sekalian, apa tunggu lagi? Jom ajak keluarga dan kawan-kawan ke syurga makanan di Bangi!
1. Restoran Sambal Uleg
Bagi penggemar masakan Indonesia dan sambal yang betul-betul pedas, anda boleh datang ke Restoran Sambal Uleg. Anda pasti berpuas hati dengan portion makanannya yang banyak dan sesuai dengan harga yang berpatutan.
Menu kegemaran pengunjung ke sini pastinya set ayam penyet. Selain itu, anda juga boleh cuba set kambing bakar penyet dan lele penyet. Dengar kata, owner kedai bela sendiri ikannya. Patutlah besar-besar!
Alamat: Jalan 8/35, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
2. Denali and Pinnacles The Wanderer’s Cafe
Dikhabarkan sebagai kafe rooftop tercantik di Bangi, kafe hipster ini menggunakan konsep dekorasi Bohemian yang pasti memberikan suasana yang tenang kepada pengunjung.
Sambil melihat pemandangan yang cantik, anda juga disajikan dengan pelbagai menu yang menarik dengan harga berpatutan seperti pasta Spicy Provencal Linguine, Peruvian Chicken, Tenderloin Beef Skewers serta burger yang besar dan juicy. Jadi tak hairanlah kalau kafe ni sentiasa pack dengan pelanggan.
Alamat: Lot 1-4, Tingkat 1, Pusat Perniagaan Seksyen 3, off, Jalan 3/70, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
3. Si Tompok Cafe
Tengok nama pun dah tahu kafe ni kafe kucing kan? Bagi cat lovers, anda bolehlah berkunjung ke sini untuk beristirehat dan bermesra dengan kucing-kucing baka Parsi, British Shorthair dan Semiflat yang comel.
Selain bermain dengan kucing, anda juga boleh menjamu selera dengan pelbagai hidangan seperti ayam penyet, nasi kerabu dan macam-macam lagi. Jangan lupa untuk order Si Tompok Chicken Grill dan Butter Beef yang terkenal di sini. Jangan risau, tempat makan dan ruang untuk kucing diasingkan untuk menjaga kebersihan makanan dan kafe.
Alamat: No. 16A, 1st Floor, Jalan 8/1,, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
4. Restoran I Hidang
Kepelbagaian makanan yang dihidangkan di restoran ini semuanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Selera orang kan lain-lain, jadi anda bolehlah ajak ramai-ramai untuk cuba menu menarik di sini seperti masakan Melayu, Cina dan barat.
Antara menu yang anda wajib cuba di restoran I Hidang ini ialah Nasi Goreng Soft Shell Crab, Spicy Cheesy Chicken Chop, Maggi Goreng Chicken Chop dan Nestum Milk Shake yang confirm padu!
Alamat: D-09-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
5. Eid Halal Korean Restaurant
Kalau tekak anda nak merasa dan makan makanan Korea, Eid Halal Korean Restaurant adalah tempatnya. Anda pasti tidak akan rasa rugi dengan portion makanannya yang banyak. Menurut owner, menu di sini tidak diubah dan original dari Korea.
Bibimbap dan Bulgogi ialah antara menu kegemaran pengunjung di sini tau. Apa yang best, pelanggan boleh refill side dish sebanyak mana yang dimahukan.
Alamat: No 8-23-01, Ground Floor, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Central, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
6. Tuah Cafe
Kafe ini sesuai untuk anda yang ingin lepak sambil menjamu selera bersama keluarga dan kawan-kawan dalam suasana yang chill. Dekorasi kafe ini menambahkan mood yang santai tetapi hipster dengan dinding yang berwarna hitam, ditambah pula dengan cahaya lampu yang malap.
Harga menu di sini amat berpatutan, sesuai dengan setiap rasa hidangan yang disajikan. Antara menu pilihan pengunjung ialah Crispy Chicken Pasta, Butter Chicken dan Crazy Nachos. Anda juga boleh order aiskrim sebagai pencuci mulut.
Alamat: No. 20 Jalan7/1C, 43650 Bangi, Selangor
7. Burrito Shack
Siapa yang minat sangat kat Mexican food, Burrito Shack lah tempat anda! Di sini anda boleh cuba menu seperti Cheesy Grilled Chicken, BBQ Ground Beef, Burrito Chipotle Pulled Beef dan juga tacos.
Alamat: Lot K01, Unit B-2-G, Bangi Gateway Shopping Complex, Seksyen 15, 43650 Bangi, Selangor
Sumber: Malay Food Licious, ASH (Foodhunters) via ohbulan
Sumber 7 ‘Port’ Makan Terlajak Sedap Di Bangi Yang Korang Mesti Cuba! Bukan Orang Bangi Sejati La Kalau Tak Kenal Tempat Ni...hihi
0 Response to "7 ‘Port’ Makan Terlajak Sedap Di Bangi Yang Korang Mesti Cuba! Bukan Orang Bangi Sejati La Kalau Tak Kenal Tempat Ni...hihi"
Post a Comment