Doa peminat sekian lama akhirnya termakbul, Jutawan Kosmetik Sajat umum bakal ke Tanah Suci tidak lama lagi



Setiap hari, ada sahaja foto dan video yang dikongsi oleh usahawan emas dan bengkung terkenal, Nur Sajat di laman Instagramnya buat tatapan umum.

Kehidupannya yang begitu sempurna persis seorang puteri raja pasti membuatkan sesiapa sahaja mencemburui terhadap apa yang dimiliki oleh penyanyi lagu Bobo Di Mana itu.

Setelah berkunjung ke Lubnan dan Paris, Sajat dikatakan bakal berkunjung ke negara penuh bersejarah, Mesir.

Walau bagaimanapun, ramai antara pengikut Sajat yang mencadangkannya agar berkunjung ke tanah suci kota Mekah memandangkan dia dilihat sudah lebih daripada mampu untuk menunaikan haji ataupun umrah.

Tak singgah Mekah ke Jat?



Bila nak buat kapsyen, next trip Mekah?




Allah dah bagi banyak duit buat lah haji Jat




Namun demikian, doa para peminatnya seolah-olah termakbul apabila beberapa jam yang lalu, Sajat mengakui akan berkunjung ke tanah suci Mekah menerusi jawapan yang diberikan pada aplikasi Instastorynya.



Pada entri tersebut juga, Sajat meminta agar peminatnya mendoakan yang terbaik untuknya sepanjang usaha untuk menjadi tetamu Allah pada suatu hari nanti.

Depan Kaabah, jaga sikap taw nanti



Moga memperoleh haji yang mabrur Sajat



Sumber : IG Nur Sajat


Sumber artikel : Ohmymedia


Sumber Doa peminat sekian lama akhirnya termakbul, Jutawan Kosmetik Sajat umum bakal ke Tanah Suci tidak lama lagi

Related Posts :

0 Response to "Doa peminat sekian lama akhirnya termakbul, Jutawan Kosmetik Sajat umum bakal ke Tanah Suci tidak lama lagi"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.