Wahai Isteri, Baca Dan Amalkan Doa Ini Setiap Hari Supaya Suami Anda Tidak Curang Dan Cari Perempuan, Insha Allah Kita Ikhtiar
Namun bagi kaum isteri, amat menakutkan sekali apabila si suami tidak lagi memberikan kasih sayang seperti waktu awal perkahwinan dulu. Juga dikhuatiri si suami ada calon isteri yang lain. Jadi pasti anda sangat berharap si suami tidak merahsiakan perkara-perkara seperti ini.
Bagi isteri yang khuatir suami mereka tidak berlaku jujur dan tidak setia kepada anda, bolehlah amalkan petua dan amalan doa ini. Insyaallah si suami akan lebih jujur kepada isteri dan setia dengan limpah kasih sayang.
1. Doa agar suami tidak berlaku curang
Ketika suami sedang tidur atau suami sedang beristirehat, pujilah suami anda. Usap dan belailah rambutnya atau wajahnya sambil membaca Surah Yusuf Ayat ke empat. Ambil ayat yang pengakhiran sahaja.
Rumi : inni ro aitu ahada 'asharo kaukaban wash-shamsa walqomaro ro-aituhum lisajidin
Maksudnya : "Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
Kalau boleh tiup di muka suami, tiup terus. Tapi janganlah sampai exaggerate sehingga suami hairan pula ya.
2. Doa agar suami sentiasa jujur dan tidak berahsia
Sama juga seperti di no 1, anda bolehlah mengusap atau membelai suami anda sambil membacakan Surah Taha ayat ke tiga puluh sembilan (39). Tapi ambil ayat yang hujung sahaja.
Rumi : wa alqaitu 'alaika mahabbatammini walitusna'a a'laa 'ain
Maksudnya : Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
Boleh juga cuba tiupkan pada suami atau minuman suami. Juga boleh diamalkan ketika memasak atau menyediakan pakaian kepada suami.
3. Doa agar suami tidak ada niat untuk berkahwin lagi satu
Antara tips lain untuk melembutkan hati suami ialah tawarkan diri untuk mengurut mereka. Siapa tidak suka diurut kan? Kalau anda tawar untuk memberikan masaj di tengkuk, di leher, belakang badan atau lain-lain, pasti suami tidak akan menolak. Pada ketika ini, bacalah Surah Ali Imran ayat ke 31 ini.
Rumi : qul inkuntum tuhibbu nallaha fattabi'u ni yuhbib kumullahu wa yaghfir lakum zunubikum wallahu ghafururrahim
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Baca ayat ini sambil mengusap-ngusap tubuh suami. Insyaallah hati suami akan lembut dan bertambah kasih sayangnya kepada anda. Kalau anda tak jampi ayat ini pada suami pun, penulis amat yakin suami anda tak akan cari calon isteri baru kalau setiap hari anda urut badan mereka.
4. Doa agar suami setia
Amalkan doa ini selepas solat fardhu harian. Ayat ini bukan untuk jampi pada suami, tapi untuk diri anda sendiri. Amalkannya setiap hari Insyaallah menemui kejayaan.
Rumi : Ya aiyuhallazi na amanusbiru wa sobiru wa robithu wattaqullaha la'allakum tuflihun
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
Penulis doakan selamat maju jaya kepada anda dan harap perkahwinan anda bekekalan bahagia sehingga ke hujung nyawa. Insyaallah.
sumber artikel : https://ift.tt/2OFjQhF
Sumber Wahai Isteri, Baca Dan Amalkan Doa Ini Setiap Hari Supaya Suami Anda Tidak Curang Dan Cari Perempuan, Insha Allah Kita Ikhtiar
0 Response to "Wahai Isteri, Baca Dan Amalkan Doa Ini Setiap Hari Supaya Suami Anda Tidak Curang Dan Cari Perempuan, Insha Allah Kita Ikhtiar"
Post a Comment