Ular Tedung Selar, Pemilik Bisa Yang Digeruni Manusia

Ular tedung selar ialah ular berbisa terbesar di dunia. Tidak sukar untuk membezakan cirinya dengan spesis ular yang lain berikutan bentuk kepalanya yang seakan-akan bertudung itu. Ular tedung selar mempunyai warna kulit hitam, kehijauan atau coklat, seringkali dengan garisan berwarna kuning atau putih. Apa yang menakutkan tentang ular ini adalah, keupayaannya sebagai makhluk paling berbisa di atas planet ini.

Ular tedung selar boleh mencapai 18 kaki panjang, menjadikan mereka spesis terpanjang dalam kategori ular berbisa. Apabila berasa terancam, ular ini boleh menegakkan satu pertiga daripada badannya dari tanah dan masih boleh bergerak ke hadapan untuk menyerang. Mereka juga akan mempamerkan ‘tudung’ kebanggaan mereka dan mengeluarkan bunyi desiran yang seakan-akan menyerupai bunyi ngauman anjing. Ular tedung selar merupakan spesis diurnal, yang bermaksud mereka aktif pada waktu siang. Apabila matahari terbenam, ular ini akan bersembunyi di bawah balak, akar atau sarang anai-anai.

Jetpack Langkawi

Sebenarnya, racun ular tedung selar bukanlah yang paling kuat dalam kalangan spesis ular berbisa. Tetapi, jumlah neurotoxin yang dapat mereka berikan dalam satu gigitan terlalu banyak sehingga dua persepuluh daripada auns cecair bisa cukup untuk membunuh 20 manusia, malah seekor gajah! Bagusnya, ular tedung selar jenis yang pemalu dan akan menghindari manusia jika perlu, tetapi sangat agresif sekiranya didekati.

Ular tedung selar biasanya hidup di hutan hujan dan dataran India, Selatan China dan Asia Tenggara. Warna mereka boleh berbeza mengikut kawasan. Ular ini boleh berada di pokok-pokok, di daratan dan di dalam air. Makanan utama mereka ialah spesis ular lain sama ada yang berbisa ataupun tidak. Mereka juga akan makan biawak, telur dan spesis mamalia lain. Ular ini juga satu-satunya ular di dunia yang membina sarang di mana mereka akan menjaga telurnya sehingga menetas.

Ular tedung selar juga terkenal sebagai spesis pilihan untuk para penjinak ular di Asia Selatan. Walaupun ular tedung selar dapat mendengar, tetapi sebenarnya mereka pekak kepada bunyi bising, sebaliknya mengesan getaran di tanah. Seruling yang ditiupkan penjinak ular menarik perhatian ular tedung selar melalui bentuk dan pergerakannya, bukan melalui muzik yang didendangkan kepadanya.

0 Response to "Ular Tedung Selar, Pemilik Bisa Yang Digeruni Manusia"

Post a Comment