Selepas lebih 13 tahun, 12 kubur ini digali untuk dipindah tetapi ramai yang terkejut kenapa jenazah ini tetap berbau wangi, Ustaz ini dedahkan amalan mereka ketika masih hidup. Subhanallah sungguh tidak disangka
Untuk kemajuan, beberapa kubur perlu dipindahkan. Ketika menggali, “sesuatu” berlaku mengejutkan ramai. Ada 12 jenazah berbau wangi. Dan ustaz dedah amalan hidup mereka. Subhanallah. Tak sangka.
12 JENAZAH BERBAU WANGI, MENGEJUTKAN PENDUDUK
SATU kejadian aneh dan menggemparkan berlaku apabila lebih 100 kubur lama di Kampung Batu Badak, Segamat, Johor, digali semula dan dipindahkan ke kubur lain.
Pemindahan kubur dilakukan bagi memberi laluan pembinaan Lebuh Raya Segamat-Tangkak dan selepas menggali beberapa kubur, ramai pihak terkejut melihat keadaan jenazah di dalamnya.
Mereka terpana 12 jenazah masih sempurna, malah berbau harum walaupun dikebumikan lapan tahun hingga 13 tahun lalu.
Kejadian itu kemudian dilaporkan akhbar sehingga ramai pihak tertanya-tanya dan berminat mengetahui jenazah siapakah yang dikebumikan dalam liang berkenaan.
Alam kubur atau barzakh sememangnya misteri buat manusia dan peristiwa di kubur Kampung Batu Badak menambahkan lagi enigma dan teka-teki dunia ghaib berkenaan.
Penemuan jenazah lebih lapan tahun yang elok dan harum bagaikan baharu meninggal dunia ternyata menyalahi logik akal kerana mengikut lumrah alam, mayat ditanam selama tempoh itu akan mereput seterusnya binasa ditelan bumi.
Justeru, kenapa 12 jenazah itu masih sempurna dan harum walaupun sudah lama ditanam?
JENAZAH dibawa keluar dari kubur dengan berhati-hati ketika kerja penggalian semula di Tanah Perkuburan Kampung Batu Badak, Segamat. – Foto Roslan Khamis
Sebenarnya, misteri alam kubur dan nasib mayat sudah dinyatakan Nabi Muhammad SAW bersabda: “Alam kubur hanyalah satu daripada kebun-kebun syurga atau satu daripada jurang-jurang neraka.” (Riwayat Bukhari).
Menerusi hadis itu, jelaslah nasib seseorang selepas mati adalah manifestasi segala perbuatannya ketika hidup.
Manusia yang banyak berbuat dosa akan disajikan seksaan kubur sehingga keadaannya di barzakh bagai berada di `jurang neraka’ manakala manusia Mukmin akan aman bak ‘di kebun syurga’.
Rasulullah SAW juga bersabda: “Kubur adalah tempat alam akhirat yang pertama sekali. Barang siapa yang selamat, maka alam selanjutnya lebih mudah dan barang siapa yang tidak selamat, maka alam berikutnya lebih pedih.” Perjalanan manusia dari alam dunia ke alam kubur dimulai dugaan sakaratulmaut iaitu perpisahan roh dari jasad yang diibaratkan ‘lebih sakit daripada seribu tusukan pedang’.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Alangkah dahsyatnya jika kamu melihat di waktu orang-orang zalim berada dalam tekanan sakaratulmaut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya,” (An-An’am: ayat 93).
Selepas dikebumikan, jenazah didatangi dua malaikat bertanyakan soalan mengenai iman dan amal manusia ketika hidup.
Manusia bertakwa dapat menjawab soalan dengan tepat sehingga diberi nikmat kubur dan ditunjukkan tempatnya di syurga. Bagi manusia berdosa, mereka gagal menjawab soalan sehingga diseksa berulang kali sehingga akhirat.
Terdapat banyak jenis seksaan kubur mengikut tahap kemaksiatan manusia. Antara seksaan dijelaskan Rasulullah SAW ialah disempitkan ruang kubur sehingga tulang rusuknya patah, jasad dipalu dengan tukul besi serta dipatuk dan dilahap 99 ular berkepala tujuh atau sembilan.
Seksaan kubur sememangnya amat pedih dan menyakitkan serta tidak mampu ditanggung manusia.
SEBAHAGIAN dari waris yang hadir semasa kerja penggalian semula di Tanah Perkuburan Kampung Batu Badak, Segamat. – Foto Roslan Khamis
Banyak penyebab seksaan kubur dan selain dosa besar, punca lain ialah dosa yang sering dianggap remeh oleh manusia seperti tidak bersuci selepas kencing, mengadu domba, mengumpat dan tidak menolong manusia dizalimi yang meminta pertolongannya.
Ketika melalui dua kubur, Rasulullah SAW bersabda: “Kedua-dua mayat ini sedang diseksa. Kedua-duanya tidak diseksa kerana dosa besar. Salah satunya diseksa kerana tidak beristinjak selepas kencing dan yang lain diseksa kerana selalu mengadu domba.” (Riwayat Bukhari).
Bagaimanapun, terdapat amalan yang dapat menjauhi seksa kubur, antaranya membaca surah Yasin dan al-Mulk setiap malam, syahid, berperang di jalan Allah, mati kerana sakit dalam perut, mati pada hari atau malam Jumaat dan memperbaharui taubat setiap malam.
Selain itu, ada juga amalan yang terus menyalurkan pahala kepada seseorang yang sudah meninggal dunia iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat yang diajarkannya dan doa anak soleh selama amalan itu terus dilakukan dan dimanfaatkan orang hidup.
Bagi manusia beriman dan soleh pula, mereka memperoleh nikmat barzakh seperti sabda Rasulullah SAW:
“Di dalam kuburnya, seorang Mukmin itu berada di satu taman hijau. Ruangan kuburnya akan menyambut dengan tujuh puluh lengan. Di sana dia juga akan diterangi cahaya seperti rambulan pada malam purnama.”
Semua dalil alam kubur dan nasib manusia sesudah mati seperti dijelaskan Islam itu kemudian menjadi penyingkap kepada misteri 12 jenazah lama yang ditemui masih sempurna dan harum di Segamat.
Persoalan yang bermain di minda masyarakat berhubung keadaan 12 jenazah itu terlerai apabila beberapa waris tampil menceritakan sikap ahli keluarga mereka ketika masih hidup.
KERJA mengalih jenazah dilakukan dengan teliti ketika kerja penggalian semula di Tanah Perkuburan Kampung Batu Badak, Segamat. – Foto Roslan Khamis
Antara mayat yang masih sempurna dan harum ialah jenazah guru agama, Maheran Jaaffar, yang meninggal pada tahun 2006.
Waris kepada Maheran memaklumkan yang ketika hidup, ibunya mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran dan sentiasa mengamalkan selawat, zikir serta selalu bersedekah.
Satu lagi jenazah yang masih elok ialah Mohd Said Ahmad, yang dikenali sebagai seorang warak, malah tidak lekang membaca al-Quran jika ada masa terluang.
Arwah Mohd Said juga seorang yang sangat penyabar dan tidak pernah marah serta suka menolong orang yang dalam kesusahan.
Mengenai keadaan jenazah yang harum, Rasulullah SAW pernah bersabda, nyawa orang Mukmin keluar daripada jasadnya seperti `minyak kasturi yang paling wangi’ manakala nyawa orang kafir berbau lebih busuk daripada bangkai.
Subhanallah Maha Suci Allah. Buat baik di dunia, Allah bagi syurga di akhirat kelak insyaAllah. Jangan lupa untuk SHARE artikel menarik ni ye. Terima kasih.
Sumber: Malaysiakubaru via Berita Harian
Sumber Selepas lebih 13 tahun, 12 kubur ini digali untuk dipindah tetapi ramai yang terkejut kenapa jenazah ini tetap berbau wangi, Ustaz ini dedahkan amalan mereka ketika masih hidup. Subhanallah sungguh tidak disangka
0 Response to "Selepas lebih 13 tahun, 12 kubur ini digali untuk dipindah tetapi ramai yang terkejut kenapa jenazah ini tetap berbau wangi, Ustaz ini dedahkan amalan mereka ketika masih hidup. Subhanallah sungguh tidak disangka"
Post a Comment