Saya penat sangat, Kadang-kadang tu dia plan nak rehat hari minggu tetapi saya tidak kasi chance dia mau rileks2 kerana meniaga mana boleh rileks



tolong hidekn profile saya ye. Saya pinjam fb adik saya.Saya baru berpindah dan tinggal di KL sudah 5 bulan menyewa disini. Saya ada masalah pasal suami saya ini tiap2 hari mesti buat riak muka mcm malas layan dgn saya seolah dia ada berdendam sama saya. Saya akan tunggu dia balik kerja baru saya akan masak nasi kerana saya selalu bangun tengah hari, ialah letih tiap2 malam anak meregek bila tidur dan terpaksa brestfeed kerana anak tidak mahu susu lain.

Suami pula kadang dia bangun tolong kadang tu tidur tidak sedar apa. Masalahnya, Bila balik kerja sahaja tanya nasi ada ke, saya tengking dia mana ada masa nak masa nasi kalau dah anak duk asyik merengek saja.

Apa yg dia hanya tahu balik kerja baring2 pegang phone lepas tu tnya nasi. Saya tahu dia mau goyang kaki bila balik rumah sedangkan saya 24 jam duduk dgn anak, jaga anak. Bila jadi macam itu tida sampai 5 minit saya didapur terus basuh pinggan sambil hempas2, jerkah2 anak suruh duduk diam saya mahu buat kerja memasak, lepas itu baru dia akan ambil anak main2 sebagai tanda protes saya.

Kadang itu saya akan masuk bilik sorang2 dan kunci pintu tenangkan fikiran, biar saja dia main dengan anak2 bila balik kerja. Bila dia tahu saya marah baru dia letak phone main dengan anak. Tapi dia tida cakap apa, diam sahaja. Saya bukan apa, geram dengan perangai dia. Kenapa dia malas sangat mahu main dengan anak bila balik kerja sedangkan saya 24 jam jaga anak . Dia akan drive 20 minit dijalan sebelum sampai dirumah.

Kerja dia bukan susah pun. Duduk di office cukup time dan kadang2 balik lewat entah buat apa di office itu pun tak tahu, balik buat2 saja mata letih. Dalam kekuarga kami cuma dia sahaja berkerja cari duit bayar semua hutang2 kawen, loan kereta dan rumah, beli brang dpur dan semua segala hutang saya dan dia sampai tinggal beratus dalam akaun bank setiap bulan, senang cakap dia sara semua tapi nafkah tiada pernah bagi untuk saya.

Saya cuma suri rumah jaga anak2 sahaja. Duit meniaga saya guna untuk cover barang meniaga saya shj. Saya rasa saya tida ada salah apa2 sama dia, cuma saya ini panas baran dan suka menjerit2 sama dia kerana dia tidak memenuhi permintaan saya. Saya peniaga online, dropship saja. Saya memang langsung tiada lesen apatah lagi mahu drive. Kalau mau pergi cod barang saya perlu bantuan dia bawa saya pergi hantar barang. Sama juga kalau mahu pergi checkup anak2 di klinik, di perlu ambil cuti bawa kami. kalau barang berniaga itu, saya akan suruh dia ambil stock brang tiap2 hari cuti dia. Lepas itu cod pada customer juga.

Kadang tu dia plan nak rehat hari minggu tetapi saya tidah kasi chance dia mau rileks2 kerana meniaga mana boleh rileks2. Apa permintaan saya, dia perlu tunaikan segera, jika tidak memang saya akan buat marah dengan dia. Kalau sehari cuti itu dia dah settle semua kerja tapi last2 ada gaduh sikit memang saya akan tidur jauh2 dari suami saya. Saya benci mahu tengok dia. Waktu bersama pun memang jika saya ada mood baru ok, semua itu bergantung pada saya. Banyak kali saya menolak buat2 tidur dan pernah sampai berminggu.

Sebab itu dia perlu jaga hati saya saya, jika tidak rasakanlah akibatnya. Saya perlu jaga hati supplier sama customer saya. Bila hari kerja itu lah dia, mau baring2 tengok phone. Disini saya mahu minta pendapat, patutkah saya minta dia ceraikan saya kerana saya memang tiada hati sudah dengan perangai dia kerana tidak pandai jaga hati saya dan main dengan anak2 ?

Sumber Saya penat sangat, Kadang-kadang tu dia plan nak rehat hari minggu tetapi saya tidak kasi chance dia mau rileks2 kerana meniaga mana boleh rileks

0 Response to "Saya penat sangat, Kadang-kadang tu dia plan nak rehat hari minggu tetapi saya tidak kasi chance dia mau rileks2 kerana meniaga mana boleh rileks"

Post a Comment