Resepi Kuih Peria Sukatan Cawan Sangat Sedap Hasil Air Tangan Puan Mas Cotek Ini Viral Sehingga Dikongsi 23,000 Kali, Apa Rahsianya? Jom Tengok...



Baru-baru ini, saya ada share gambar menarik kuih peria hasil air tangan Puan Mas Cotek yang begitu menarik perhatian dari segi rupa , tekstur dan semestinya rasa. Hampir 23 ribu share. Terima kasih puan atas resepi kuih tradisional ni. Insyaallah saya akan cuba dalam bentuk video tutorial .Nampak sangat menarik kan.

Kalau sebut peria, mesti terbayang sayur peria yang pahit tu kan .Best juga dibuat goreng. Tapi rupa kuih tradisi ni lebih menyerupai peria katak, jadi ada yang menyebut.

“ Boleh saya dapatkan resepi kuih peria katak puan ?” Tergelak sekejap kami, tapi ada kebenarannya, sebab rupanya sama kan.



Untuk kuih ni , biasnya dalam pelbagai warna tapi yang popular adalah warna hijau, merah dan kuning. Selain tu , ada dua inti popular yang sering digunakan, sama ada kuih peria beirinti kacang atau gula merah yang diadun bersama kelapa parut. Jadi kali ni, guna inti gula merah.Jom kita tengok resepi kuih peria sukatan cawan ini.Memang senang la kan. Guna cawan je. Untuk lebih sebati, guna cawan yang isipadu metric nya 250ml . Itu ukuran sukatan yang tepat dan standard.
Bahan-bahan kuih peria katak :
2 cawan tepung pulut

1 sudu makan tepung gandum

1 – 2 cawan santan secukupnya yang diblend bersama 3 helai daun pandan dan ditapis diambil jusnya.

1 sudu kecik garam

Sedikit pewarna hijau

Cara-cara membuat doh kuih peria :

#1: Masukkan semua bahan yang dinyatakan di atas kecuali santan. Gaul dan sebatikan.Masukkan santan sedikit demi sedikit .Sebab itu tiada sukatan tepat ea.Bergantung kepada kualiti.Uli hingga menjadi doh.

#2: Gentel bulat doh dengan ukuran yang sama untuk dapatkan saiz kuih yang sama. Ketepikan

Bahan – bahan inti kuih peria gula merah :

1 cawan gula merah yang ketulan kecil tu

1 cawan air

1/2 biji kelapa parut

3 sudu makan gula pasir

2 helai daun pandan disimpul

Masak kesemua bahan di atas menggunakan api sederhana kecil. Panaskan air hingga mendidih bersama daun pandan, masukkan gula merah, gula pasir hingga larut dan barulah dimasukkan santan bersama isi kelapa.Kacau sebati

Dah siap kesemuanya, jom kita tengok macam mana nak membentuk kuih ni menjadi seakan buah peria katak. Oh ya, anda perlukan juga :

Daun pisang untuk lapik kuih atau baking paper
Sedikit minyak minyak untuk disapu pada permukaan kuih
Lidi pencungkil untuk jalur peria

Caranya adalah :

#1: Ambil doh yang telah dibulatkan tadi, leperkan dengan penggelek sekali dua , masukkan inti kelapa gula merah dan bentukkan memanjang menjadi seakan bentuk kuih cek mek.

#2 : Tekan dengan lidi di permukaan kuih bagi membentuk jalur.Siapkan kesemuanya.Jangan lupa lapik dengan daun pisang ya.Sambil tu panaskan dahulu air dalam pengukus sehingga mendidih.

#3: Kukus15 minit dengan api sederhana .Untuk dapatkan permukaan kuih peria yang berkilat, sapu sedikit minyak di permukaan kuih.


Siap untuk dimakan .Memang sedap rasanya tau. Kalau nak buat kuih peria frozen pun boleh.Cuma jangan kukus selepas disiapkan. Terus masuk ke dalam freezer dan bila hendak dimakan, barulah dikukus. Selamat mencuba tau.

Sumber Resepi Kuih Peria Sukatan Cawan Sangat Sedap Hasil Air Tangan Puan Mas Cotek Ini Viral Sehingga Dikongsi 23,000 Kali, Apa Rahsianya? Jom Tengok...

0 Response to "Resepi Kuih Peria Sukatan Cawan Sangat Sedap Hasil Air Tangan Puan Mas Cotek Ini Viral Sehingga Dikongsi 23,000 Kali, Apa Rahsianya? Jom Tengok..."

Post a Comment