Mungkin Dunia Sudah Semakin Menghampiri Kiamat? Pulau Pinang negeri pertama di Malaysia iktiraf LGBT, negeri-negeri lain bila lagi?


Apa yang anehnya, meskipun gaya hidup LGBT sudah terang-terangan diharamkan di dalam agama Islam, masih terdapat ramai orang Melayu Islam yang menyokong gaya hidup yang dilaknat oleh Allah SWT ini.

Perkara menjadi semakin pelik apabila mereka yang lantang menentang gaya hidup LGBT ini pula dianggap menindas golongan tersebut kerana tidak menghormati hak asasi mereka sebagai seorang LGBT.


Lebih mengecewakan lagi apabila sejak baru-baru ini, sudah terdapat beberapa acara yang melibatkan golongan LGBT ini telah dijalankan secara terang-terangan tanpa perlu berselindung lagi seperti ianya sudah diiktiraf baik di peringkat negeri mahupun di peringkat Persekutuan.

Memandangkan isu LGBT ini sudah seperti barah yang menular di dalam minda masyarakat, seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai Firdaus Wong Hung telah menyuarakan pendapatnya mengenai isu ini di laman Facebooknya baru-baru ini.

Jangan berada di zon selesa


Ya, golongan LGBT haruslah disantuni. Islam juga mengajar untuk berdakwah secara baik dan penuh berhikmah. Sekiranya tidak bersetuju, janganlah memaki hamun dan lontarkan cacian terhadap mereka. Bantahlah dengan tegas dan penuh hikmah agar mereka sedar akan kesalahan mereka itu dan bertaubat kepada Allah SWT.

Jangan jadi talam dua muka




Golongan LGBT sering berbangga dan mempromosikan nafsu sonsang mereka secara terbuka kepada semua golongan masyarakat termasuklah kanak-kanak. Jadi mengapa mereka perlu marah sekiranya ramai yang menyuarakan bantahan secara terbuka? Itu sudah dikira sebagai talam dua muka.

Jangan menafikan hak kami!




Sekiranya golongan LGBT mengatakan bahawa hak mereka tidak dihormati, maka mereka juga tidak menghormati hak orang lain yang tidak menyokong LGBT. Nampak tak bagaimana mereka ingin memusingkan cerita dan jadikan isu ini berkenaan diri mereka sahaja?

Ikon gay dan transgender
Seperti yang diberitahu tadi, LGBT di Malaysia menjadi semakin terbuka dan dianggap seperti perkara biasa. Lihat sahaja baru-baru ini di Penang di mana festival Georgetown yang diadakan bersempena dengan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan, di Dewan Sri Pinang yang telah menyokong LGBT secara terbuka.

Lebih memalukan lagi apabila festival ini mendapat sokongan penuh daripada aktivis LGBT yang terdiri daripada kaum Melayu beragama Islam.

Bukan itu sahaja, ada juga beberapa kaum melayu yang secara terbuka menyokong LGBT.







Memandangan agama Islam merupakan agama rasmi Malaysia, golongan LGBT sepatutnya lebih memahami dan menghormati sensitiviti agama dan budaya tempatan. Janganlah mempromosikan nafsu anda secara terbuka.

Bagi orang Islam pula, dakwahlah secara berhemah dan bijaksana. Semoga mereka ini insaf dan kembali ke jalan yang benar.

Sumber : Firdaus Wong Wai Hung

sumber artikel : https://ift.tt/2AP8IwS

Sumber Mungkin Dunia Sudah Semakin Menghampiri Kiamat? Pulau Pinang negeri pertama di Malaysia iktiraf LGBT, negeri-negeri lain bila lagi?

0 Response to "Mungkin Dunia Sudah Semakin Menghampiri Kiamat? Pulau Pinang negeri pertama di Malaysia iktiraf LGBT, negeri-negeri lain bila lagi?"

Post a Comment