Bagaimanapun, adik kepada Neelofa itu sering menerima kecaman kerana terlalu terikut-ikut dengan gaya bintang realiti televisyen terbabit.
Ditambah pula dengan kemas kini terbaru di Instagramnya yang menunjukkan wajahnya dihiasi dengan freckle atau jeragat. Makin terbakar makcik-makcik bawang menghencapnya.
Jika orang lain ingin menghilangkan jeragat di wajah mereka, berbeza dengan Ameera yang mengikut trend terkini dengan menghiasi bintik-bintik hitam itu pada wajahnya.
Seperti biasa, Ameera sekali lagi mengundang kecaman netizen yang mempersoalkan tindakannya itu.
Acah nak muka ada jeragat dah kenapa?
Malah, ada di kalangan netizen meninggalkan komen kasar dan biadab.
Banyak makan khinzir
Dalam masa sama, netizen meminta Ameera untuk berhenti daripada meniru gaya Kylie Jenner.
"Jadilah diri sendiri, bosanlah asyik nak jadi macam Kylie Jenner," sindir netizen.
Bagaimanapun, Ameera menerima sokongan daripada pengikut yang membidas kecaman netizen berkenaan.
Muka dia, kau pula yang panas
Betulkah Ameera 'try hard' sangat nak jadi macam Kylie Jenner? Penulis tengok biasa-biasa saja. Biasalah, kalau dah berkenan dengan seseorang terutama idola kita, pasti sedikit sebanyak akan terikut gayanya, kan? - CARI
Sumber "Muka Dia, Suka Hati Dia La Nak Buat Apa, Kau Pula Yang Panas Kenapa?" - Netizen Puji Jeragat Palsu Ameera Khan
0 Response to ""Muka Dia, Suka Hati Dia La Nak Buat Apa, Kau Pula Yang Panas Kenapa?" - Netizen Puji Jeragat Palsu Ameera Khan"
Post a Comment