Kucing yang comel ini menunjukkan protes apabila melihat tuannya membawa balik 'kekasih baru' ke rumahnya sebagai ahli keluarga baharu...



Dua spesies haiwan ini juga dikatakan adakalanya seperti tidak boleh berpisah. Ke mana sahaja tuan mereka pergi mesti kedua-dua haiwan peliharaan ini akan dibawa bersama.

Ada juga kucing atau anjing yang menyambut baik kedatangan ahli keluarga baharu dalam keluarga mereka. Biarpun selama ini, mereka selesa bersendirian namun tuan mereka mahukan kelainan dalam hidup mereka disamping bertujuan membina ikatan persahabatan antara haiwan-haiwan peliharaan.

Itu mungkin berlaku kepada kucing-kucing dan anjing-anjing yang lain tetapi tidak bagi kucing di dalam video ini.

Dari jauh dia terlihat tuannya membawa ahli keluarga baharu ke rumah namun ia tidak menyukai perkara tersebut. Kucing ini membuat bunyi bising sebagai tanda protes apabila melihat tuannya membawa seekor anjing bersama.



Bukan itu sahaja, kucing ini turut menunjukkan riak wajah garangnya apabila melihat tuannya bersama anjing tersebut semakin menghampiri rumah.



Nampaknya kucing ini benar-benar tidak dapat menerima kenyataan bahawa anjing itu adalah teman baharunya.

Riak wajah kucing ini seolah-olah memberitahu kita bahawa ‘berani betul anjing ini datang ke rumah saya!’.


Tontonlah video tersebut untuk menyaksikan sendiri bagaimana kucing ini menunjukkan rasa tidak puas hati dan protes dengan cadangan tuannya membawa masuk ahli keluarga yang bukan daripada spesies yang sama dengannya. Pasti anda akan tergelak besar!


sumber : https://ift.tt/2vIrNM9

Sumber Kucing yang comel ini menunjukkan protes apabila melihat tuannya membawa balik 'kekasih baru' ke rumahnya sebagai ahli keluarga baharu...

0 Response to "Kucing yang comel ini menunjukkan protes apabila melihat tuannya membawa balik 'kekasih baru' ke rumahnya sebagai ahli keluarga baharu..."

Post a Comment