Jangan Jadi Bodoh, Jantina Bukan Di Kelangkang! - Jelita



Adalah normal bagi golongan pondan atau mak nyah tertarik terhadap kaum lelaki secara se ksual kerana mereka adalah wanita sejati, menurut Jelita. Manakala jika mereka tertarik terhadap wanita, itu menjadikannya seorang lesb ian, menurutnya lagi.

Beliau mendakwa mak nyah seperti dirinya adalah wanita sejati kerana jantina sepatutnya ditentukan oleh otak sendiri dan bukannya berdasarkan jenis alat kem aluan seseorang.

Host rancangan ‘Chit Chat Bersama Jelita’ itu berkata, “Gender identiti bukan berdasarkan pada organ se ks atau apa di celah kelangkang anda, tapi di otak anda.”

Beliau menyifatkan para doktor telah melakukan kesalahan besar kerana telah menentukan jantina kita sewaktu lahir berdasarkan jenis alat kelamin kita, dan ini menyukarkan golongan mak nyah untuk dikenali sebagai kaum wanita.



Jelita menerangkan, “Apabila kita dilahirkan doktor akan memberikan kita gender kepada kita berdasarkan alat kelamin. Penting untuk semua faham bahawa alat kelamin kita tidak menentukan gender kita. Gender kita ditentukan oleh otak dan juga naluri kita.”

“Siapakah yang perlu menentukan identiti anda? Doktor atau anda sendiri?” tegas beliau.

Jelita kecewa kerana ramai orang gagal untuk menerima hakikat kewanitaan golongan pondan atau mak nyah sepertinya dan enggan menggunakan istilah-istilah yang merujuk mereka sebagai kaum wanita.

“Penampilan mak nyah dah jelas seorang perempuan. Gunalah panggilan yang sesuai seperti adik, akak, dan panggilan-panggilan yang membuat seorang mak nyah itu merasa selesa,” nasihat beliau.

Jelita menerangkan, “Sekiranya saya tertarik kepada lelaki, saya dikenali sebagai seorang heterose ksual. Iaitu seumpamaan lelaki dan wanita. Sekiranya saya hanya tertarik kepada perempuan, saya akan dikenali sebagai seorang lesb ian.”



Rancangan ‘Chit Chat Bersama Jelita’ ini dipromosikan oleh Justice For Sisters, satu gerakan membela golongan mak nyah di Malaysia. Justice For Sisters telah diasaskan oleh Nisha Ayub, penerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2016 daripada kerajaan Amerika Syarikat.

Video ‘Chit Chat Bersama Jelita’ pernah ditayangkan di sebuah simposium pada tahun lepas yang diikuti oleh ucapan aluan oleh ADUN DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu, seorang pemimpin politik di Pulau Pinang yang dikatakan sangat menyokong perjuangan hak golongan mak nyah.


sumber artikel : https://ift.tt/2tLckZm

Sumber Jangan Jadi Bodoh, Jantina Bukan Di Kelangkang! - Jelita

0 Response to "Jangan Jadi Bodoh, Jantina Bukan Di Kelangkang! - Jelita"

Post a Comment