Kenapa Fighting Games Begitu Susah?

Permainan video bergenre fighting yang bersiaran di Youtube mahu pun Twitch selalu sahaja menarik minat ramai orang. Kita selalunya tertarik pada video kombo Street Fighter V, Injustice 2 dan BlazBlue. Gerakan penyudah yang menarik, kombo dan  karakter yang mempunya personaliti yang pelbagai adalah faktor utama untuk menonton permainan pertarungan ini.

Persoalannya kenapa fighting games yang begitu menarik mempunyai komuniti yang lebih kecil berbanding video games daripada genre lain seperti DOTA 2 (genre Massive Online Battle Arena atau MOBA), atau pun Overwatch (genre First Person Shooter)?  Tambahan pula sejarah fighting game lebih lama dan senior berbanding dua permainan yang saya sebutkan tadi.

Jawapannya: kerana fighting game sangat susah.

Mungkin jawapan begini sangat umum. “Susah” yang macam mana? Saya huraikan konteks susah kepada dua. Pertama, susah untuk dikuasai manakala konteks kedua, susah untuk rasa seronok dan “melekat” untuk terus bermain fighting game.

Sebelum permainan video atas talian menjadi popular seperti sekarang, biasanya remaja dan anak muda bermain di mesin arked. Sekitar hujung 80-an, Street Fighter 2 menjadi perkara paling sensasi ketika itu. Popularnya siri Street Fighter itu sampai terbit filem anime dengan tajuk yang serupa. Waktu itu tiada video tutorial oleh pemain profesional, dan kita main hentam tekan butang dengan harapan karakter Ryu dan Ken dapat menghasilkan bebola api Hadouken atau penumbuk melangit (uppercut) yang lebih dinamakan “SHORYUKEN”! Bahkan Capcom, syarikat yang membangunkan siri Street Fighter 2 tidak terbitkan langsung manual cara untuk hasilkan serangan super seperti Hadouken pada waktu itu.

Dan kita terus kembali ke masa sekarang, di mana kegemilangan arked sudah berlalu. Di mana kita lihat platform video game yang menjadi acara dalam E-Sukan atau E-Sport, adalah komputer dan telefon pintar. Manakala fighting game kini berada di konsol seperti X-Box One dan Playstation 4. Bilangan orang yang memiliki komputer lebih banyak, dan di situ sudah kurang orang yang bermain fighting games. Jadi ini sedikit sebanyak kenapa komuniti fighting game adalah kurang berbanding komuniti video game genre lain.

Bagaimana saya nak huraikan konteks “susah” untuk dikuasai? Baiklah, begini…

Dalam fighting game ada mekanismanya, ada beberapa serangan memerlukan input butang yang rumit. Seperti serangan Shoryuken, gerakan unik daripada Ryu, Ken, dan Akuma.

Apa input untuk lakukan gerakan Shoryuken? (Depan, Bawah, Bawah-depan + penumbuk). Mengingati input untuk serangan “specials” sahaja satu tugas besar, kemudian melaksanakan input ini juga memerlukan refleks yang pantas dan tepat untuk serangan ini berhasil. Dan perkara ini mengambil masa. Sebagai contoh, fighting game Guilty Gear Xrd Sign mempunyai sistem tutorial yang paling bagus, namun pemain mengambil masa yang lama, dari 3 minggu ke satu bulan untuk memahami mekanisme dalam Guilty Gear.

Kemudian, kita lihat pula pada “character roster” atau barisan karakter yang kita mainkan, sama ada dalam single player atau pun bermain bersama rakan. Biasanya setiap fighting game ada lebih 10 karakter untuk dipilih. Lebih banyak bilangan karakter, semakin sukar untuk kita memilih dan akhirnya ada antara kita memilih untuk tidak bermain fighting game tersebut. Situasi sama seperti dilema soalan “kita nak makan di mana”, kerana banyak sangat pilihan.

Baiklah, konteks kedua. “Susah” untuk kekal berminat dengan fighting game. Konteks kedua ini boleh berkait dengan konteks pertama tadi, “susah untuk mahir”. Dengan masa yang sangat lama untuk jadi mahir dalam fighting game, pemain kasual atau pemain “noob” awal-awal lagi menyerah kalah dan beralih ke video game lain.

Kemudian lihat pula dalam situasi pemain versus pemain. Bayangkan situasi dibelasah teruk dan dimalukan oleh pemain lawan yang lebih pakar. Tentu rasa remuk redam, dan dalam terma fighting game, “Salty”. Dan cara figthing game mengumumkan keputusan sangat tidak membantu untuk menaikkan motivasi. Dengan dua perkataan ini:

Daripada pemerhatian saya dalam video perlawanan di pertandingan khas untuk Fighting game seperti EVO, Pro League, dan Capcom Pro Tour; fighting game memang susah untuk pemain noob kerana disasarkan pada pemain hardcore, mereka yang sudah ada pengalaman dan bermain dalam suasana kompetitif di mana mereka main untuk menang wang hadiah.

KATA AKHIR

Saya tetap okey walaupun fighting game memang susah. Saya bukanlah pemain profesional, bahkan “noob” dan masih meneroka bidang ini. Boleh kata saya dalam proses daripada peringkat “button mashing” ke tahap bermain secara taktikal dan ada strategi. Dan proses belajar perkara ini menyeronokkan bagi saya.

Sekarang sudah ada banyak video tutorial fighting game, bermula kombo asas hingga kombo yang kompleks. Apa pun, terima kasih kerana membaca artikel begini.

Bacaan tambahan:

1 https://ift.tt/2M4dfAK

2 https://www.youtube.com/watch?v=uWRssEvjugw

3 https://www.youtube.com/watch?v=AGHGEttNjyo

4 https://www.youtube.com/watch?v=hH7dAWK6bAE&t=215s

0 Response to "Kenapa Fighting Games Begitu Susah?"

Post a Comment