Kadangkala paling ringkas sesebuah resipi itu, lagi bertambah selera kita. Seperti resipi telur goreng kali ini, ianya ringkas namun memang cukup padu!
Makan menu ini sahaja bersama nasi panas pun dah cukup. Tak perlu nak pening-pening kepala nak masak menu lain.
Bahan-bahan: (terpulang kepada anda untuk menentukan jumlah bahan-bahan ini mengikut citarasa atau keperluan anda!)
Telur ayam
Ikan bilis
Cili api (hiris)
Bawang merah (potong bulat)
Limau kasturi (potong 2)
Kicap manis
Cara-cara:
1) Goreng bawang, ikan bilis, ketepikan
2) Kemudian goreng telur mata
3) Masukkan ikan bilis dan bawang
4) Angkat dan letak dalam pinggan
5) Bubuh kicap semahu anda
6) Perahkan limau kasturi
7) Siap untuk dihidang!
Kredit resipi: Ayu Shuhaimi
Sumber Jangan Sesekali Angpa Cakap Ini Menu Malas Sebab Kalau Cuba Sekali Pasti Bertambah-tambah Nasi! Ini Menu 'Puaka' Sebenarnya, Setuju?
0 Response to "Jangan Sesekali Angpa Cakap Ini Menu Malas Sebab Kalau Cuba Sekali Pasti Bertambah-tambah Nasi! Ini Menu 'Puaka' Sebenarnya, Setuju?"
Post a Comment