Inilah Sebabnya Kenapa Mesin Basuh Juga Perlu Dicuci, Bukan Tugas Dia Semata-mata Cuci Pakaian....
Selalunya kita asyik fokus nak basuh baju, tetapi tahukah anda yang mesin basuh pun perlu dicuci? Dan kalau takpernah dicuci, itu boleh menyebabkan baju berbau busuk walau dibasuh. Kenapa ya?
Nak tahu jawapan dan kaedah macam mana nak cuci, rujuk perkongsian daripada Julimasanum Ali ini…
Cara Cuci Mesin Basuh
Seumur hidup, tak tahu pun yang mesin basuh ni kene cuci or ade maintenance. Sejak duduk sendiri, ade washing machine sendiri baru lah tahu tapi tau guna Tub Hygiene je. Lepas tu tak guna ap-apa detergent pon. Tekan cycle tub hygiene pastu dah settle. Sebenarnya salah ye. Tak ada kesan apa-apa pun buat camtu. Membazir air je.
So, since nak kene cuci baju-baju #BabyIM and rasa macam tak sedap je nak cuci dalam mesin basuh yg berbau. Yup BERBAU. Kita dok pening mane datang bau ni. Lepas tu kadang tu baju macam ada habuk-habuk melekat. Makanya i ask mr google cara nak bersihkan mesin basuh. And finally barulah dapat solution nya. So here i nak share lah macam mana proses-proses pembersihan mesin basuh yang berkesan.
1. First kene beli detergent utk Tub Hygiene. I beli kat Cosway Pharmacy, nama nya Wash Drum Cleaner (Power Max). Harga RM15.90 (non-member). Kalau harga member murah sikit.
2. Baca instruction pada kotak before start ye. Lepas tu ready kan diri. Kenapa? Sebab proses lama. So tengok jam set bile yang betul-betul free nak mulakan operasi ni. (I ambil masa lebih dari 24 jam untuk settle sebab nak betul-betul bersih. Jadi bergantung jugak pada kekotoran mesin anda). Kalau banyak keladak sampah, lagi lama lah jawabnya.
3. Masukkan 1 packet Wash Drum Cleaner dalam mesin basuh (wajib guna 1 packet ye, jangan kedekut nak guna half plak).
4. Pilih menu cycle WASH sahaja dan air paling maximum. Biarkan mesin beroperasi gitew. Habis cycle wash biarkan je mesin basuh tu terendam sekurang-kurangnya 5 jam (klw ikot instruction kat kotak) Tapi iols biarkan semalaman – I start at 6pm so biar mesin terendam sampai lah esok pagi baru ke step seterusnya. So terpulang kat ampa la nak start kol bape and berapa lama.
5. Next morning, korang akan dapat hasil yg menakutkan dan menggelikan. Masa tu lah segala kekotoran dalaman mesin basuh akan keluar. Korang bole buang kotoran-kotoran tu dulu sebelum next step. Kutip-kutip je dgn tangan and buang sampah sarap yang terapung tu.
6. Okey next step dah boleh pilih full cycle (wash, rinse, spin). Tapi i x buat full cycle. I choose cycle wash dgn rinse sahaja. Why? Okey sila rujuk gambar.
Done!
Haa paling best lepas dah settle ni bile cuci baju tak ada dah bau hapak, bau terkempam tu. Yay!!
So ade lagi sepeket Wash Drum Cleaner. Bile nak guna tu terpulang pada berapa kerap korang cuci baju. Iols maybe buat 3 bulan sekali lah kot. Okey selamat membersihkan washing machine korang!! Jangan ingat cuci baju, mesin korang pun sama bersih. Banyak sampah rupanya kat bawah tu.
Tadaaaa!!! Ini hasil terakhir. Dah bersih macam ni baru puasa hati. Yeeeee banyak pakai air ye uols. Lebih dari 5 kali cycle. Bertabahlah.
sumber : Julimasanum Ali
Sumber Inilah Sebabnya Kenapa Mesin Basuh Juga Perlu Dicuci, Bukan Tugas Dia Semata-mata Cuci Pakaian....
0 Response to "Inilah Sebabnya Kenapa Mesin Basuh Juga Perlu Dicuci, Bukan Tugas Dia Semata-mata Cuci Pakaian...."
Post a Comment